Jumaat, Mac 18, 2011

Kenali 10 Jenis Fitnah

Untuk Renungan Bersama

SESUNGGUHNYA fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana Al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. (Ayat 191 dan 217 Surah Al-Baqarah)



Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.



Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorangMuslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorangkafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripadaAbu Hurairah)



Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusihadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selakuPencipta alam maya ini.



Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat keranamahu memburukkan Islam.



Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam


1. Fitnah melalui kepimpinan negara.

2. Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

3. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

4. Fitnah melalui ungkapan.

5. Fitnah melalui penulisan.

6. Fitnah melalui iklan produk.

7. Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

8. Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

9. Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

10. Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.



Fitnah melalui kepimpinan negara

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis danlain-lain.



Ada pula yang tidak menampakkan Islam secara jelas,isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang kelirudan terus keliru.



Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan

Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketikasedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.



Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut naktegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).



Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untukdilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.



Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian

Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama adatidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai dikalangan orang Islam ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.



Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatu, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.



Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa,menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.



Fitnah melalui ungkapan

Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata: Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas,takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir pada zaman Rasulullah s.a.w.



Fitnah melalui penulisan

Terdapat juga segelintir penulis yang proaliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.



Fitnah melalui iklan produk

Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produkmereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.



Fitnah melalui penglibatan dalam sukan, hiburan

Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berat, termasuk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.

Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam.Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.



Fitnah berbangga kerana memperbanyakkan masjid

Satu lagi fitnah pada akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replika masjid yang menelan belanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.



Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat

Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat. Terdapat senario di mana ada pekerja Muslim disebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.



Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam

Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ain, makaramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta-juta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang Tabung Haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.



Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golonganyang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang berpandangan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.



Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri Muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT.-Hrkh_



Kredit : Harakah daily



Manusia suka memfitnah kerana :



1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.

Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.



2.Memburukkan peribadi orang lain.

Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.



3.Tujuan tertentu.

Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.



4.Ingin glamour.

Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.



5.Suka-suka.

Ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.



6.Ahli neraka.

Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.



Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....

Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.



Wallahua'lam.



terima kasih.



selamat membaca dan fikirkan....

cintai-islam


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

5 ulasan:

  1. nak tanye sket..ni tazkirah politik ke pru?

    BalasPadam
  2. janganlah menjadikan PAS sebagai ugama!
    jagalah hati dan lidah kamu...janganlah matlamat menghalalkan cara!

    BalasPadam
  3. tungkaran hati blocgspot,
    semua penyokong dan ahli pas tidak pernah mengangap pas(parti islam semalaysia) sebagai agama sebaliknya pas hanya sebagai wadah
    perjuangan untok menegakan islam(agama) ditanah air sesuai dengan sistem demokerasi yang diamalkan dinegara ini oleh yang demikian pehak berkuasa yang ada sekarang yang mengamalkan dasar sekular takut dengan perjuangan islam yang sebenar yg dibawa oleh pas maka mereka menyebar berbagai propaganda untok memburukan2 pas supaya rakyat negara ini menjauhi diri dari pas.

    BalasPadam
  4. tungkaran hati blogspot
    Hanya pencacai umngok saja yang menganggap Pas itu agama. Itu sebabya mereka tak faham2 tentang Islam. Mengikuti majlis ilmu tak mau. Bila berbicara fasal Islam hebat hujahhujah mereka. Sesat lagi menyesatkan. Dulu, kini selama-lamanya.Islam = sembahyang+puasa+Zakat+naik haji sahaja.

    BalasPadam
  5. MINTA IZIN COPY

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...