Akhirnya Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar juga Isnin ini. Padamlah segala teka-teki dan kini semua pihak memerah otak untuk bertarung dalam pilihanraya umum negeri tersebut yang ternayta tidak dibuat serentak dengan pilihanraya umum ke 13 sebagaimana diramalkan oleh sesetengah jurutelek politik dikalangan kita.
Kalau sesiapa berkesempatan menonton berita jam 8 malam semalam, lihatlah di TV3 contohnya 20 minit pertama dari berita TV berkenaan di “hadihkan” buat propaganda politik BN. Jutaan peruntukkan diluluskan oleh PM dan TPM dari satu bahagian parlimen ke satu bahagian yang lain
Media arus perdana diperalatkan, wang peruntukkan kerajaan ditabur, inilah permulaan pilihanraya pincang dan tenpang sebagaimana yang biasa kita lihat di Malaysia.
Itupun minggu lepas Menteri di JPM Nazri Tan Sri Aziz boleh mendabik dada di Dewan Rakyat mengatakan bahawa proses perjalanan pilihanraya di Negara ini adalah adil dan setanding dengan Negara-negara lain! Negara manakah itu? Myanmar? Iraq di zaman Saddam? Mesir di zaman Mubarrak?
Kita akan saksikan BN mencabul proses pilihanraya di Sarawak semata-mata kerana mahu bertahan dan terus berkuasa di sana sebagaimana di tempat-tempat lain. Semoga rakan-rakan PR di sana terus berjuang dengan penuh sabar dan gigih menghadapi gergasi BN yang tidak senonoh itu. Mudah-mudahan terbukalah hati rakyat untuk menyokong dan bersama mereka yang benar sebagaimana di Kelantan, Pulau Pin ang, Kedah dan Selangor.
DD
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
SYABAS DAN TAHNIAH RAKYAT SARAWAK!!!
BalasPadamORANG MALAYA JANGAN CEMBURU BUTA TAUUUU!!!
SEBENARNYA SARAWAK PATUT LEBIH DARI ITU....
HASIL MINYAK SARAWAK ORG MALAYA JUA YG DAPAT..
ORG SARAWAK TAK BISING2PUN....
INILAH MASALAHNYA PR...
KALAU KERAJAAN BERI BANTUAN PUN SALAH
KALAU TAK BANTU RAKYAT LAGI LAH SALAH..
YANG BETULNYA DI PIHAK DIA AJE...
YANG SALAHNYA SEMUA BN...
KEPALAAA HOTAAAAK HANG....
DIA NAK BAGI PERUNTUKKAN JUTA2...SUKA ATI NYA..
KALAU PUAK YOU NAK BAGI LEBIH2 MAMPUKAH???
WARGA SARAWAK TAU ITU BUKAN DUIT BAPA DIA
NIE LAH MENTALITI PEMIMPIN KITA....
BILA NAK UNDI, MULAI LAH TABUR DUIT 'PEMBAYAR CUKAI'
SAUDARA, BIARLAH RAKYAT SARAWAK MERASA SIKIT HABUAN ITU....MAKLUMLAH PR KATA ORG SARAWAK MISKIN,KENA TUNDAS,TANAH KENA RAMPAS, DIBODOHKAN OLEH TAIB, SARAWAK MUNDUR DLL....
INILAH PELUANGNYA KERAJAAN BANGUNKAN SARAWAK
BETULKAAAN!!!
WARGA SARAWAK JOM PANGKAH BN.