Rabu, Mac 16, 2011

TARIF ELEKTRIK PULAK NAK NAIK



Tarif Elektrik Mungkin Naik Dalam Masa 6 Bulan

KUALA LUMPUR 15 MAC : Tarif elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi.

Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama16/3/11 9:43 PG

    bil api naik ini pertanda dan juga alasan yuran sekolah akan dinaikkan lagi.makanan kat kantin sekolah dah lah tak berkhasiat mahal pulak tu.kalau makan meehoon hanya ada mee ngan kicap.tambang bas sekolah akan naik lagi,drebar bas dah selalu berceloteh minyak ron dah banyak kali naik,katanya lagi pakcik pun nak hidup jugak.dah tak larat dengar rakyat mesti berjimat dan berhemah berbelanja dari pak menteri serta pm.berjimat macamana kalau duit saku pun kekadang ada kekadang tidak,bawa bekal dari rumah dan berharap bas sekolah tak rosak.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...