Selasa, Mac 29, 2011
Video Seks, kenyataan Rahim dan Eskay bercanggah?
KUALA LUMPUR : Kenyataan dua individu dalang penyebaran video seks fitnah nyata bercanggah setelah mereka mengakui menjadi penyebar kepada video berkenaan, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.
"Eskay (Dato' Shazryl Eskay Abdullah) kata dia adalah lelaki ketiga dalam video itu, Rahim (Tan Sri Rahim Tambhy Chik) kata video tu terjumpa, ini sangat bercanggah," katanya kepada Harakah ketika mengulas isu berkenaan 25 Mac lalu.
Bagaimana mungkin salah seorang dari 'Trio' yang menggelarkan diri mereka (Dato' T) boleh menyatakan terjumpa, dan dalam masa yang sama seorang lagi menyatakan adalah salah seorang lelaki dalam video itu, kata Mahfuz.
Beliau mendakwa, kenyataan bercanggah itu menampakkan ia satu perancangan mengaibkan kerana bagaimana mungkin Eskay sendiri boleh mengakui beliau berada dalam video itu.
Malah seperti kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul yang turut menonton video tersebut, individu yang melakukan seks dengan perempuan China itu bukanlah Anwar.
Sebaliknya hanya mirip, dan gambar yang dirakamkan sangat tidak jelas, katanya.
Kenyataan Eskay sendiri boleh dijadikan satu alibi untuk polis bertindak ke atas bekas Konsulat Malaysia di Thailand itu sebagai individu yang 'mungkin' merancang video itu, kata Mahfuz.
Sementara Rahim pula boleh diheret polis sebagai pihak yang menjadi dalang utama dalam penyebaran video itu, katanya.
"Rahim ada cadangkan agar dibuat Suruhanjaya Bebas menyiasat video ini, tetapi saya nak cadangkan agar kita tubuhkan Surunahjaya Bebas siasat kes dakwaan Rahim merogol seorang budak di Melaka suatu ketika dahulu," katanya.
DD
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...