Isnin, April 25, 2011

'Boikot' mereka ber'otak' nasi lemak......alahai.....

Kesian sungguh......level kepala otak mereka ni setakat nasi lemak je.

Saya rasa nasi lemak ntah jatuh 'ranking' ke berapa dalam menyumbang kepada kalori tenaga.

Kalau nak nak kaitkan obesiti dengan nasi lemak......ni macam nak perli beberapa 'orang' di Putrajaya yang memang obesiti tahap III.

Bila bercakap pasal obesiti murid di sekolah......jangan lupa juga bercakap pasal murid yang kurus keding tak cukup zat.

Dia orang tak fikir ke masih ramai lagi anak-anak di pendalaman....masih ada yang tak sarapan langsung atau masih ramai lagi yang tak tahu atau memang tak nak ambik tahu hal anak-anak di pendalaman?

Berita-berita seperti itu sengaja di'gelap'kan oleh media pencacai.

Bercakap pasal media pencacai......rakan 'kongsi' mereka yakni parti 'towkay-towkay' besar sudah ber'kempen' agar boikot membacanya.

Saya amat yakin, orang-orang parti 'towkay-towkay' besar ini, berapa kerat sangat yang membacanya......majoriti yang baca adalah orang-orang mereka sendiri......kerana mereka yang pakai songkok 2 jengkal ni terasa macam tak sah hari-hari berlalu tanpa baca 'risalah' yang penuh dengan 'fadilat' tersendiri.

Jadi pendekkan cerita, laungan boikot itu ditujukan pada siapa?

Saya rasa mereka patut bersama PR boikot 'risalah' itu kerana orang-orang PR walaupun benci pada tuan punya 'risalah' itu, tapi masih ramai yang percaya segala tipu belit, fitnah, ancum-mengancum, laga-melaga sesama anggota PR.al-brangionline

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...