Isnin, April 11, 2011
GADIS 16 TAHUN DIPERKOSA JAGA DI DALAM BANK
JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.
Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.
Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.
“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.
“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.
Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur,” katanya.
Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.
Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.
Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.HM
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Kes rogol makin meningkat d ngeri d perintah pas spt kelantan dan kedah...
BalasPadamkadang2 bila kite bodoh, jgn bagitau orang... kes2 rogol ni byk berlaku di mana2 negeri.. bezanya negeri pembangkang diberi keutamaan dlm penyiaran untuk menunjukkan kelemahan pentadbiran pembangkang. kat sabah serawak tu lagi hebat! orang islam x kawin tp dah beranak 3-4orang. siapa kerajaanya? pahang pun sama. sume sama!
BalasPadamtanpa nama 12:06 AM memang bangang pembacaan nya tak meluas di negeri2 yg diperintah oleh UBN lg hebat ada yg di laporkan dan ada yg tidak bercakap kena lihat statistik bukan hentam kromo tp pakai otak yg ada kat kepala bukan kat kepala lutut..
BalasPadamooo, law cmni si progol tu x salah r..
BalasPadamsbb x ckup 4 orang saksi lelaki...
betol tak PAS, PKR, DAP??
Saya setuju dimana-mana ada berlaku rogol dan zina di malaysia.Yang beranak 3-4 orang yang berlaku di sabah dan sarawak itu ada nikah kampong.Biarpun nikah cara kampong tapi lebih baik dari pada tiada kan?
BalasPadamperogol x nak 4 org saksi.....tp ANWAR IBRAHIM bontotkan org nak pulak......bodoh PAS,PKR,DAP......
BalasPadam