SOKONGAN KAUM CINA KEPADA PEMBANGKANG MENURUN - meloya
GUA MUSANG 15 April — Penurunan sokongan pengundi Cina terhadap parti pembangkang dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berkata perubahan itu jelas menunjukkan kaum Cina semakin menolak pembangkang kerana tidak membawa kemajuan kepada mereka.
Lee yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat MCA yakin sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kecil termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Merlimau dan Tenang, yang melebihi 50 peratus, akan terus kekal untuk PRU akan datang.
"Malah, kami yakin pengundi Cina akan terus bertambah berikutan kekuatan pemerintahaan kerajaan di bawah kepimpinan Najib Razak yang melancarkan gagasan satu Malaysia untuk semua kaum di negara ini.
PENGUNDI CINA RAMAI RAMAI DATANG MENYATAKAN KEBENCIAN MEREKA KEPADA PEMBANGKANG!
SEDIH TERAMAT PILU SEKALI!!
tayarburok
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...