Sabtu, April 09, 2011

Jam Omega tidak boleh jadi saksi kes zina


Oleh: SAIBURI SUDIN
Hari tu juhalak pengampu BN menggunakan ketiadaan Anwar dalam Twitter pada waktu rakaman video seks dilakukan sebagai bukti bahawa pemimpin umum PKR itu berzina. Bukti terbaru pula ialah ketiadaan jam Omega. Oleh kerana, kata mereka, Dr. Wan Azizah tak mahu tunjuk jam Omega pada pihak media maka sahlah Anwar berzina.

Hujah juhalak pengampu BN itu, apa susah sangat nak tunjukkan jam itu? Mereka mahu menjadi penyiasat berkumpulan tak bertauliah untuk membuli keluarga Anwar membuat itu dan ini. Ini sebenarnya yang tidak mahu dan tidak perlu dilayan oleh Wan Azizah. Untuk tunjuk jam tangan Omega dekat media bukan susah. Kalau tiada dalam simpanan pun, jam tu bersepah kat kedai jam. Katakanlah Wan Azizah menunjukkan jam tersebut, mereka akan persoalkan pula, adakah jam itu jam lama milik Anwar atau baru dibeli?

Mereka adalah golongan yang sentiasa akan berdolak dalik macam kaum Bani Israel. Niat mereka tidak ikhlas, hanya mahu mempermainkan org yang mereka aniayai dan zalimi. Macam kaum Bani Israel mempermainkan Nabi Musa dan pengikutnya.

Jam Omega atau apa-apa barangan seumpamanya bukan bukti sahih dalam kes zina. Pembuktian pula tidak terbeban pada pihak yang dituduh. Pendakwalah yang perlu buktikan dengan membawa 4 orang saksi yang adil yang menyaksi secara sahih zina berlaku di depan mata. Bukan menyaksikan video seks yang pelakonnya belum pasti adalah orang sebenar tertuduh. Susah nak dapatkan 4 saksi yang adil macam tu? Jangan komlen sebab itu ALLAH YANG TENTUKAN dalam hukum Hudud. Hikmahnya ialah manusia tidak boleh sewenang-wenangnya tuduh orang berzina… apatah lagi dgn ‘bukti’ jam tangan Omega.

Kembalilah kepada Islam.

kedahla


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. soalnya apakah dalam malaysia ini hanya ada satu jam omega?kalau dikatakan jam omega anuar memang lain dari yang lain apakah bokti yang itu kepunyaan anuar????

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11/4/11 4:00 PG

    Sdr Saiburi;

    Ulasan yang bagus dan bernas.Pencacai dan pembodek UMNO memang tabiat berdolak dalik macam kaum bani israel.
    Anak kecil takut berada dalam kegelapan,UMNO takut berada dalam cahaya kebenaran.

    BalasPadam
  3. Saya ada seutas jam tangan rolex, untuk pengetahuan anda di setiap ruang yang boleh diceraikan terdapat no siri nya, dan no siri itu akan di daftar kepada pengeluar untuk jaminan dan hak milik.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...