Jumaat, April 29, 2011
Jamil Khir Alu-Alukan 'Sumpah Laknat' Untuk Perjelas Kedudukan Sebenar
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyambut baik sekiranya benar pihak terbabit dengan isu video seks yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ingin bersumpah mubahalah iaitu sumpah laknat.
"Saya tidak tahu mengenai perkara itu, tetapi kalau benar alhamdulillah dan amat dialu-alukan supaya umat Islam dapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar.
"Kita juga amat gembira dan bersyukur pada Allah kerana ia mungkin dapat menyelesaikan satu perkara besar yang sekarang membebani fikiran umat Islam," katanya kepada pemberita di Putrajaya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita berhubung khabar angin kononnya ketua pembangkang itu bersama Datuk Trio yang dikatakan terbabit dalam pendedahan video seks tersebut akan mengangkat sumpah laknat dalam masa terdekat.
Selain mekanisme mahkamah dan siasatan polis, salah satu mekanisme dalam Islam ialah angkat sumpah untuk tujuan pembuktian, kata Jamil Khir.
Laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Rabu turut menyarankan Ketua Pembangkang itu untuk mengangkat sumpah laknat di hadapan rakyat jelata dan para pengikutnya bahawa pendedahan Datuk Trio itu adalah tidak betul.
- Bernama
Sesungguhnya pembuktian bagi tuduhan zina adalah dengan mendatangkan empat orang saksi, dan saksi-saksi ini hendaklah saksi yang adil, bukannya saksi yang fasik! Inilah yang disyaratkan oleh Islam. ‘Sumpah’ tidak ada nilainya sama sekali di dalam membuktikan tuduhan zina.
Sekiranya benar bahawa si penuduh ingin menegakkan kebenaran, maka kebenaran itu hendaklah mengikut Islam, dan bukan mengikut hawa. Dan kebenaran hanya akan dapat dicapai sekiranya kita berhukum dengan hukum Islam, bukannya hukum taghut sebagaimana yang ada sekarang.
Mengikut hukum Islam, sekiranya si penuduh gagal membawa empat orang saksi, maka dialah yang wajib dihukum. Oleh itu, janganlah terlalu berani bersumpah sembarangan yang menyalahi Islam, takutlah akan azab Allah atas sumpah yang dilakukan.
Firman Allah:
“Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan”
[Surah al-Mujadilah (58):16].
sumber fb
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
sebab dia duduk pejabat JABATAN PEDANA MENTRIII ITU PASAI DIA SOKONG. KALAU TAK SOKONG LEPAS PILIHANRAYA TULEN KENA TENDANG NGAN TOK NAJIB.TAK GITU.KAKI PENGAMPU NGOK.
BalasPadamMenteri yang jaga UMNO...bukan jaga agamaa ni...
BalasPadamsudah hilang rasa hormat pak jamil khir...
askar melayu pencen...
Bukan saja hilang rasa hurmat tetapi yelah timbul rasa benci.
BalasPadamsanggup korbankan agama demi UMNGOK...lu tunggulah azab Allah wahai Jamil Khir...
BalasPadamHari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
BalasPadam