Selasa, April 12, 2011

‘Muhyiddin langgar etika perguruan minta guru pangkah BN’

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar etika perguruan apabila secara terbuka memberi amaran kepada guru-guru agar memangkah Barisan Nasional pada pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang.
Demikian dinyatakan Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang sewaktu mengulas ‘permintaan’ Muhyiddin agar guru-guru di Sarawak mengundi Barisan Nasional.
Muhyiddin membuat ‘permintaan’ itu pada satu pertemuan “pemantapan profesion perguruan’ di Sibu petang tadi.
Bercakap lebih lanjut, Abas berkata Muhyiddin sanggup mendahulukan kepentingan politik kepartian yang sempit dan menghina profesion perguruan yang mulia demi memastikan BN terus berkuasa di Sarawak.
Ia juga ironi kerana Muhyiddin sendiri memimpin Kementerian Pelajaran tetapi pada masa yang sama tidak menghormati golongan pendidik.
“Muhyiddin memalukan dan merendahkan martabat profesion perguruan (dengan berkempen secara terbuka kepada guru-guru).
“Namun, beliau tergamak berbuat demikian kepentingan sempit politik kepartian,” kata Abas.
Tindakan Muhyiddin itu juga, kata Abas, bertentangan sama sekali dengan cakap-cakap Muhyiddin tentang hasrat untuk memperbaiki institusi pendidikan.
“Tindakannya itu bercanggah dengan dasar-dasar beliau sendiri. Katanya mahu mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, tetapi masa guru dibazirkan dengar cermah politik.
“Bilakah masanya guru-guru mahu berusaha lebih untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Muhyiddin jikalau mereka ditarik ke sana ke sini diwajibkan mendengar kempen politik, ” kata Abas.
Mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Pakatan Rakyat ibarat ‘tikus membaiki labu’ jika diberi peluang mentadbir negara, Abas berkata sebenarnya di bawah pentadbiran BN sendiri, ‘labu sudah rosak’ dan tiada apa lagi untuk diperbaiki.
“Sekarang kita cuma ada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sahaja sebagai landasan untuk memperbaiki sektor pendidikan dan negara yang terlalu dipolitikkan,” kata Abas.
Abas yang dilantik mengetuai Biro Pendidikan KEADILAN adalah bekas Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran.

keadilandaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. James anak Bond12/4/11 8:25 PG

    Salam Perjuangan buat rakan2 Guru,
    Jangan biarkan diri kita terjual dan jangan biarkan kita diugut. Kita bukan dayus dan kita bukan pak turut membuta tuli. Kita pendidik yang mendidik bakal pemimpin masa hadapan. Apa BN boleh buat pada kita hanya tukar tempat mengajar saja tapi ada rakan kita di Johor tempoh hari kena tukar lepas bawa kes bawa kes ke mahkamah tak jadi pula tukar.
    Ayuh rakan-rakan ajak rakyat besar-besaran
    hapuskan BN. Nasib kita tak pernah terbela apatah lagi guru bukan siswazah. Kalau kita mengajar jauhpun kita mengajar manusia juga bukan kita mengajar orang utan atau gajah rimau.
    Kalau kita terseksa tuhan potong dosa. Kerajaan
    mana pandang kita sedangkan semua aktiviti guru yang terlibat terutama sekali sukan, belia dan
    lain-lain lagi. Mana perlukan kita mengugut pula. Jangan peduli hapuskan BN. Ini negara kita
    bukan negara pemimpin BN sewenang-wenang mereka merompak hasil negara. Jangan biarkan anak cucu kita kutuk kita nanti kalau kita undi BN.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12/4/11 9:46 PG

    Di semenanjung Malaysia, BN/UMNO paling berkuasa. Selepas itu guru/Jabatan Pelajaran Negeri; kerana kalau guru nak tukar soalan pertama yang akan ditanya berapa nombor ahli UMNO terutamanya di Kelantan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...