ini, Pakatan Rakyat bakal memberi tentangan sengit kepada Barisan Najis.
Jam Omega cuma hanya "memperlahankan" kemaraan buat seketika!
Antara Jam Omega, Taib Mahmud Dan Najib Razak
Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah membuat perakuan bahawa jam Omega milik Ketua Pembangkang itu ada dalam simpanan mereka, media arus perdana mencabar mereka untuk menunjukkan jam itu.
Perdana Menteri Najib Razak pula tidak menghadapi tekanan seperti itu apabila berjanji bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud akan berundur pada masa yang sesuai - tidak pula ada desakan untuk menamakan pengganti atau jangka masa Taib akan berundur.
Dwi standard media arus perdana untuk BN dan Pembangkang sudah lama wujud di Malaysia, dan tidak ada tanda-tanda keadaan akan berubah di bawah kerajaan pimpinan Najib.
Berbalik kepada cerita jam tadi, Anwar akhirnya terpaksa mendedahkan bahawa polis setakat ini belum pun meminta jam itu daripadanya, jadi tidak timbul soalan beliau cuba berdolak dalih dalam isu itu.
Harus diingati Anwarlah orang yang membuat laporan polis mengenai fitnah video lucah - bukannya gandingan Datuk T - bagi membolehkan polis membuat siasatan terhadap video dan jam Omega yang cuba dikaitkan kepadanya.
Dan sungguhpun ada tanda-tanda siasatan akan cenderung ke suatu sudut tertentu, seperti mana yang berlaku pada siasatan polis bersabit buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” pada tahun 1998, namun buat masa ini biarlah polis menyelesaikan siasatan, dengan atau tanpa jam yang ada pada simpanan Anwar.
Perkara yang lebih penting adalah Taib Mahmud - kerana rakyat Sarawak akan keluar mengundi untuk memilih sebuah kerajaan negeri yang baru Sabtu ini.
Jika Najib bingkas memberi perakuan bahawa Taib akan berundur, maka rakyat mempunyai hak untuk mengetahui siapa penggantinya.
Ini penting untuk menilai corak kepimpinan yang bakal dibawa oleh Ketua Menteri baru itu.
Lebih penting, adakah orang baru itu amanah dan berwibawa dan bukan sekadar meneruskan warisan pemerintahan korup Taib dan BN.
Jika Pakatan Rakyat boleh mengumumkan bahawa Ketua PKR Sarawak Baru Bian akan menjadi Ketua Menteri baru jika gagasan itu menubuhkan kerajaan negeri, maka BN juga harus bertanggungjawab mendedahkan siapa bakal mencorak masa depan Sarawak, jika benar Taib akan berundur.
Bukti keratan akhbar bertarikh 7 Ogos 1995 yang menyebut Taib Mahmud akan bersara dalam tempoh LIMA tahun. Sudah berapa lama janji Taib cuma tinggal janji?? |
Kenyataan Najib bahawa Taib akan berundur “apabila sampai masanya” tidak lebih daripada kenyataan retorik yang tidak memberi apa-apa makna kepada pengundi Sarawak.
Bukankah Taib pernah berjanji untuk berundur pada tahun 2000 namun tidak berbuat demikian?
Apakah Najib mahu mendakwa bahawa beliau mempunyai lebih pengaruh ke atas Taib berbanding dengan Tun Mahathir Mohamad pada tahun 2000.
Keratan akhbar 1995 yang memetik Taib berjanii untuk hanya memerintah lima tahun lagi masih ada dalam arkib semua suratkhabar di Sarawak dan di Kuala Lumpur.
Jelas kata-kata Taib tidak dikotakan ketika itu dan tidak ada sebarang petanda keadaan itu akan berubah kali ini.
Dalam keghairahan untuk mencanang dirinya sebagai berjiwa rakyat, Taib minggu lalu secara nekad menyifatkan penyelesaian Putrajaya terhadap isu al-Kitab sebagai “bodoh” sekali gus meremehkan Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh sepupu Najib, Hishamuddin.
Komen itu memberikan jendela untuk rakyat menilai hubungan antara Putrajaya pimpinan Najib dan Taib Mahmud.
Kesimpulannya jika Anwar perlu menunjukkan jam Omega kepada media arus perdana dan bukan polis, Perdana Menteri Najib Razak juga perlu menunjukkan bukti Taib Mahmud akan berundur pada kadar segera dan penggantinya sudah dikenalpasti.
jalanpulang1978
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...