Khamis, April 14, 2011
OHH AZIZAH…OH AZIZAH…
Murzanah Mat Som
Tiba-tiba saya terbaca komen Awang Selamat yang bertajuk “Ohh Wan Azizah…” di Mingguan Malaysia bertarikh 10 April 2011 yang terletak diatas meja rumah anak lelaki saya. Telah begitu lama saya tidak menyentuh akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia ini. Sebagai seorang wanita dan juga sebagai seorang ibu saya turut merasakan betapa dahsyatnya pukulan yang diberikan oleh pihak-pihak yang cuba menekan Dr Wan Azizah tanpa belas kasihan. Oleh itu saya terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap rencana Awang Selamat yang panjang lebar tersebut.
Bagi seorang isteri untuk mendapatkan keredaan Allah adalah mudah. Pertama taat kepada Allah dan Rasulnya. Kedua taat kepada suaminya, ketiga menjaga maruah diri dan keempat menjaga harta benda kepunyaan suaminya. Tidakkah ciri-ciri ini menjadi perkiraan untuk dipertimbangkan dalam membuat desakan untuk Dr Wan Azizah menyahut kehendak mereka yang tidak waras?
Awang Selamat bersungguh-sungguh mahukan Wan Azizah supaya tidak bersekongkol dan bersubahat dengan suaminya supaya mengatakan kebenaran tentang keaiban yang dilakukan oleh suaminya. Siapakah beliau yang telah mengesahkan cerita-cerita busuk dan jijik yang rantai berantai dilemparkan kepada suami Presiden PKR tersebut.
Apakah maksud saudara pengarang, apakah ada dalam fikiran saudara dan apakah yang berada didalam benak tuan yang mahukan Wan Azizah membuat keputusan begitu rupa supaya menjelaskan yang demikian. Tuan seolah-olah telah mengetahui segala-gala tentang rumahtangga Anwar dan tahu sifat-sifat beliau begitu rupa hingga sanggup menasihati dan merayu Azizah untuk tampil membuat pengakuan. Tidakkah ini ibarat menyapu garam keatas luka yang ditanggung oleh keluarga tersebut?
Saya sebagai seorang isteri juga wanita dan ibu yang tahu tanggungjawab, inilah yang perlu dilalui dalam hidup, saya tidak boleh lari meninggalkan semua perkara yang datang berlaku dan menimpa kehidupan keluarga. Ranjau dan duri harus ditempuhi dan diharungi. Ibarat kapal yang menempuh badai dan gelombang sampai ketikanya lautan akan reda. Setiap kesusahan akan ada kesenangan, setiap kesusahan akan datang kesenangan (dipetik dari Surah Insyirah).
Soal meninggalkan tanggungjawab adalah ibarat orang yang lari dari medan peperangan adalah termasuk salah satu dari dosa besar. Urusan untuk meyakinkan orang ramai bukan urusan Wan Azizah kerana soal yakin atau tidak, beriman atau kufur adalah urusan Allah. Perlu diketahui apa jua yang berlaku yang menimpa diri kita buruk atau baik adalah untuk menjadi peringatan kepada seseorang itu. Disinilah kita semua diuji tentang keimanan kita. Jika kita terus mengikut suara ramai dengan segala desas desus kita akan turut terjerumus dalam kesesatan sedang kita diminta jangan jadi pak turut tanpa usul periksa turut mengakui perkara yang masih samar kebenarannya.
Dr Wan Azizah berhak untuk mempertahankan haknya sebagai seorang isteri yang sewajarnya untuk tidak mengikut telunjuk Saudara Awang Selamat. Apa perlu beliau menunjukkan jam yang akan membersihkan nama suaminya kalau kes videopun masih dalam siasatan … pengedar dan penayang pun belum ditangkap.
Terlalu ramai orang-orang yang telah merasa malu dalam senyap. Untuk menutup malu tersebut dicipta pelbagai lagi fitnah yang baharu. Tunjuk tak tunjuk bukti, fitnah tetap menanti. Selagi Datuk Seri Anwar tidak mati perasaan takut mereka menjadi-jadi. “People don’t kick a dead dog”, orang tidak akan menyerang seseorang yang tidak mempunyai kelebihan, jasad beliau telah cuba dibunuh tak berjaya, oleh itu cubaan membunuh sifat-sifat dirinya pula dibuat dengan memburuk-burukkan peribadi beliau.
Fatwa dari seorang mantan Perdana Menteri telah menjadi ikutan ramai “Kalau sesuatu perkara itu sering disebut-sebut dan diwar-warkan berulang-ulang kali, ia akan menjadi kenyataan dan boleh diguna pakai dan diyakini benar walaupun perkara itu tidak benar”.
Lupakah kita bahawa ada lagi yang lebih berkuasa melihat semua ini. Kita merancang dan merencana pelbagai fitnah dan mehnah. Rancangan yang Maha Esa lebih hebat lagi Maha Dahsyat. Selama ini kita telah dikelirukan dengan pelbagai perkara yang anih-anih sehingga ramai orang tidak dapat membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Selama ini kebaikan, ketabahan dan keajaiban telah berlaku kepada diri Dr Wan Azizah bukan dari kehendaknya sehinggalah beliau menjadi pemimpin sebuah parti yang baharu. Siapakah yang menyangka semua ini? Syabas diucapkan kepada beliau.
Pukulan dan tamparan hebat demikian jika berlaku kepada diri saya, saya pun tetap akan berdiri teguh menghadapinya. Bersyukur kepada Allah kerana hanya yang Maha Berkuasa sahaja yang mempunyai cara untuk mengangkat atau menjatuhkan martabat seseorang. Usah takut dan bimbang atau kecewa terhadap apa jua perbuatan manusia terhadap diri kita, amin!
Jangan lupa wahai saudara Awang Selamat bahawa sebaik-baik seorang lelaki disisi Allah ialah lelaki yang baik terhadap wanita; termasuk ibu, isteri, saudara-saudara perempuan dan anak-anak perempuan mereka. Tidakkah anda fikirkan bahawa wujudnya saudara itu dari seorang ibu? Demi perasaan yang timbul sebagai seorang wanita, saya tidak dapat menahan perasaan dukacita terhadap episod ini. Sudah hilangkah rasa belas kasihan terhadap orang yang telah ditimpa fitnah yang masih belum jelas?
Demikianlah bagaimana Siti Aisyah isteri Rasulallah saw difitnah. Aisyah tidak dapat berbuat apa-apa untuk membuktikannya. Orang ramai telah begitu yakin dan Rasulallah pun berdiam diri sehingga Allah menurunkan wahyu tentang kebenarannya bukan dengan dibuktikan oleh manusia. Kita diminta jangan mudah mempercayai perkara-perkara yang belum jelas kebenarannya. Seperti mana ‘Kisah Singapura dilanggar Todak’, Kisah Mahsuri di Pulau Langkawi’ dan Sejarah Hang Tuah Difitnah. Apakah kesudahannya? Renung-renungkanlah. Sekian.
kl-today
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
semoga DSAI dan Datin Seri serta keluarga sentiasa tabah dan sabar menghadapi segala fitnah yg melanda dan mendapat perlindungan drpada Allah s.w.t.
BalasPadamSedih dengan tekanan yang dihadapi DSAI & DSWA..kalau orang lain memang tak berdaya nak tempuh dugaan begini..Semoga Allah terus memberikan kekuatan pada mereka sekeluarga.
BalasPadamBelum pernah ada dalam sejarah diMalaysia orang yang difitnah sebegini rupa. Hang Tuah pun kena fitnah sekali ketika berlaku sumbang dengan dayang sahaja. Tetapi DSAI bukan sekali tetapi segala jenis keburukan akhlak diletakkan pada bahunya. Pada aku, kalau DSAI ni memang seorang yang buruk akhlak seperti yang digambarkan, Rasuah, Arak & Jenayah memang termasuk dalam diri beliau. Bahkan anak & isterinya tidak seperti pemimpin UMNO yang lain. Kalau bertudung memang sempurna pemakaian tudungnya, kalau berpakaian tidaklah menjolok mata.Anaknya kelihatan baik2 akhlak semuanya. Tak ada yang bersosial, berparti atau berkepit dengan bukan muhrim kesana kesini seperti anak pemimpin UMNO yang lain. Aku percaya ini semua memang fitnah berterusan bagi menghalang niat suci beliau untuk menyelamatkan ekonomi negara Malaysia.
Mungkin mereka berjaya meyakinkan orang bahawa DSAI dalam video tu. Tetapi pada aku yang agak tajam pada proportion figura manusia yakin terdapat perbezaan pada bahagian tepi wajah & pada beberapa shot yang agak mencurigakan. Aku bukan cuba untuk tidak percaya tetapi dengan paparan video yang agak kabur dan dibandingkan dengan video Chua Soi Lek yang ada warna, mengapa video DSAI ni hitam putih kehijauan? Sedangkan tujuan rakaman kedua2 video ini mempunyai motif yang sama iaitu untuk menjatuhkan orang yang berpengaruh.Oleh sebab itu aku percaya itu adalah kecacatan (gambar kabur)yang disengajakan.
Insyaallah Dato Seri..Satu hari nanti pasti akan terbukti segala kebenaran saya begitu yakin PR akan mampu membuka semua mata Rakyat Malaysia.
Heder April 15, 2011 at 7:40 am said
BalasPadamYour comment is awaiting moderation.
Kira kira sejuta rakyat sarawak berkumpul mendegar ceramah nuar brahim mlm tadi di serian….sejuta lagi berdiri dijalan jalan raya di kuching…..dilaporkan jalan jalan diseluruh negeri sarawak jammed selama sepuluh jam kerana berjuta juta rakyat sarawak menunggu utk menyambut kehadiran pemimpin anugerah tuhan ke bumi kenyalang….kira kira tiga juta org muda sarawak bagaikan dilanda histeria di bandar kuching menyambut anuar brahim….dijangkakan pakatan rakyat akan menang mudah di sarawak dgn menang di 52 kerusi dan anak kristian pertama ditabal menjadi ketua mentri sarawak baru bian dan anuar ibrahim akal mwnjadi penasihat ekonomi sarawak yg pertama….pejabat kerajaan negeri sarawak dilaporkan sedang dipantau oleh unit amal pas dimana mereka bersedia pada bila bila masa utk menceroboh masuk utk mengambil bertimbun timbun fail yg akan dijadikan bukti dimakamah nanti…pejabat taib mahmud sudah sedia dikepung oleh unit amal pas yg diketuai oleh khaled samad….semua unit amal komando pas yg ditubuhkan oleh nizar jamalaudin diarahkan membawa kamera dan merakamkan semua gambar gambar fail dan kabinet yg akan bertarabur dilantai utk dijadikan bukti taib mahmud membawa lari fail fail penting yg disyaki rasuah besar BN….inilah laporan terbaru saya di kuching sarawak
Sesungguh inilah zaman fitnah Dajjal, mereka mahu Wan Azizah mengkhianat suaminya seperti:
BalasPadamKianatnya Delilah terhadap pejuang Allah Samsun,
Kianatnya isteri Nabi Lut,
Khianatnya isteri Nabi Ayyub (namun diampunkan kemudiannya),
Sabar Wan Azizah, insyaAllah namamu akan terpahat dalam sejarah sebagai sebahagian serikandi Islam, yang takkan diperolehi Rosmah, Hasmah, Sharizat, Mashitah, Rafidah dan sebagainya.
anon 8:11
BalasPadamUwekkkk. Nak termuntah aku. Srikandi Islam apa macamtu?? Orang lain pun sayang suami jugak oi. X la smpai nak membela peliwat.
Teman rasa elok benor kalo yg pertama tu di delete-kan aje atau ditukorkan ke no.last ..... sbb tahap Zizah takutkan SUAMI udah nampak melebihi tahap takutkan Allah dan RasulNya??
BalasPadamPerlu ingat!! mika bukan saje sebagai isteri, mika jugak ada TANGGUNGJAWAB selaku PEMIMPIN PARTI.... jadi kalo nk jadi srikandi Islam... mika harus berani, jgn jadi pak turut, dan jgn biarkan diri dipergunakan!!
Tlg tanya adek mika Ezam...... pengorbanan dia pd mika dan Anu-or sebelum ni pun apa kurangnya.
Jangan le buat2 lupa jasa org yg pernah menolong dan menyokong mika!!
Isteri yang soleh ialah isteri yang tahu menjaga keaiban suaminya. Adakah wajar anda menghinakan dia kerana kes yang belum tentu kesahihannya? Ingat saudara, sekiranya terbukti nanti DSAI tak bersalah, sampai mati pun dosa tak terampun. Nauzubillah..
BalasPadamSokong Tanpa Nama!
BalasPadamSiapakah anon 9:48, samagreen? Siapakah mereka nak pertikaikan ketaatan Azizah kepada Allah swt dan suaminya? Siapakah mereka nak mermpertikaikan ketaqwaan Azizah kepada Allah swt? Siapakah mereka ni? Cakap macam orang yang tak ada agama aja. Biarlah Azizah dengan suaminya, yang kau berdua sibuk-sibuk tu buat apa. Lebih baik jaga bini dan anak kamu, entah-entah tengah di'bedal' sang buaya darat ciptaan UMNO laknatullah yang menghalalkan segala-gala walaupun diharamkan Allah swt. Inilah akibat bila munafikun bercerita tentang ketaatan mereka pada Allah swt???????
BalasPadamhahahahahahahaha
BalasPadamhaahhaahhaahhaha
hahahahahahaahah
hahahahahaahhaha
sampai mampus aku x caya pukimak umno nih!
Analisalah rentetan kejadian. Kes video ini mula dipaparkan oleh sahabat DSAI (salah seorang darinya). UMNO dan BN tidak terlibat sama sekali. Najib dan ramai kepimpinan negara tidak mahu campur tangan dengan kes ini. Tetapi seperti biasa UMNO akan dituduh mengadakan konspirasi. Ayat biasa PR. (Yang buat konspirasi adalah DSAI - menurut Raja Petra, salah seorang penulis utama pro pembangkang) Hakikatnya,solat hajat PR telah dimakbulkan Allah. Hanya orang yang gelap hatinya masih belum mengaku. Renung-renungkan...
BalasPadamSamagreen bunyi macam Firaun Besaq je, ala si mangkuk ayun Kulim tuh, apa nama? getik benor teman nak menyebut nama mike. Cakap menipu. Anon 1.44 bile mike bersandar sanad dengan Raja Petra tuh? Kalu nak pakei kena pakei semuenya jangan sekerat sekerat je ate! ate Zul Firaun.
BalasPadamSambey Tempoyak