PAS KEDAH DIDAKWA GAGAL URUS NEGERI
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Pas tidak langsung mempunyai keupayaan untuk mentadbir Kedah, yang jelas dapat dilihat terhadap pelbagai isu yang menyelubungi kerajaan negeri sekarang.
Beliau berkata sejak mengambil alih negeri Kedah daripada Barisan Nasional (BN) tiga tahun lepas, Pas hanya membuktikan satu benda iaitu ia gagal menambah baik pentadbiran negeri malahan menjadikan pentadbiran semakin teruk.
Jelasnya terlalu banyak yang boleh disenaraikan tentang kegagalan kerajaan Pas seperti masalah tiada air, tidak boleh bayar bil air di pejabat Pos, kegagalan melaksanakan projek Sulihh di Yan, pelaburan yang lesu, banyak jalan yang berlubang, gagal menambah kawasan letak kenderaan di bandar, gagal membantu rakyat semasa bencana, gagal memberi rebat cukai tanah kepada Universiti Utara Malaysia sehingga menyebabkan universiti itu dibebabani cukai tanah yang tinggi
“Banyak lagi masalah yang boleh disenaraikan, jadi rakyat boleh buka mata kemampuan sebenar Pas. Mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai mentadbir,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta walkaton anjuran Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu di hadapan pusta membeli belah Jitra Mall, di sini, Ahad.
“Saya pinta apabila datang pilihan raya umum akan datang, setiap pengundi buat penilaian betul-betul kepada siapakah mereka hendak menaruh kepercayaan memerintah negeri,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata.
“Memberi peluang sekali lagi kepada PAS mentadbir Kedah hanya merugikan seluruh rakyat Kedah.” katanya sambil menegaskan Kedah akan semakin ketinggalan berbanding negeri lain sekiranya situasi pergerakan ekonomi yang perlahan di negeri ini terus berlarutan.
Beliau berkata hakikatnya tidak ada parti lain yang dapat mentadbir Kedah dengan baik melainkan BN yang telah berupaya membuktikan kemampuan menjalankan pentadbiran dengan cekap, amanah dan dedikasi sejak lebih 50 tahun.
“Sayangilah Kedah dan janganlah memberi lagi undi kepada Pas,” kata beliau.KL-TODAY
DEY MACHA!!!
MEMANG LA TIDAK ADA PARTI LAIN
YANG BOLEH MEMBERI KEKAYAAN KEPADA KRONI2 DALAM MASA SINGKAT
KECUALI UMPORNO
MEMANG LA TIDAK ADA PARTI LAIN
YANG BOLEH SEBAT DUIT RAKYAT SEWENANG-WENANGNYA
KECUALI UMPORNO
KAH! KAH! KAH!
PAS MANA TAU BUAT SEMUA TU
PAS MANA TAU MINTA DUIT RASUAH
PAS BUKANNYA CEKAP MACAM UMPORNO NAK CILOK HARTA RAKYAT
KAH! KAH! KAH!
DAH LAMA TAK MEMERINTAH
POKET DAH KERING
INILAH PENYAKIT UMPORNO
KAH! KAH! KAH!
DULU BOLEH BUAT CHALET PULAU PAYAR 5.6 JUTA
DULU BOLEH BUAT MARINA BAY BERJUTA-JUTA
DULU JADI MB 2 TAHUN BOLEH BUAT RUMAH SAMPAI 5 JUTA
MB LA NI MANA PANDAI BUAT MACAM HANGPA BUAT
HANGPA MEMANG PANDAI
KAH! KAH! KAH!
AMBIK RASUAH,SAPU DUIT GLC,AMBIK TANAH RAKYAT
ITULAH KRITERIA PANDAI MEMERINTAH UMPORNO
KERAJAAN PAS KEDAH MANA PANDAI BAB-BAB TU
KAH! KAH! KAH!
HASIL BALAK ZAMAN UMPORNO BN 8 JUTA SETAHUN
HASIL BALAK ZAMAN PR 53 JUTA SETAHUN
NAMPAK SANGAT UMPORNO MEMANG PANDAI MEMERINTAH
PANDAI MEMERINTAH TU PANDAI SONGLAP RUPANYA
KAH! KAH! KAH!
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
JOLOL KATO ORE KELATE....B-ENDING JAH PANDAI BELAKO!!!
BalasPadam