Jumaat, April 22, 2011

SEJADAH AJAIB DI R&R PLUS




PERNAH BERSOLAT DI SURAU HENTIAN REHAT PLUS?
HANGPA TENTU PERNAH TERBACA AYAT DI BELAKANG SEJADAH
"SEJADAH INI DIAMBIL TANPA KEBENARAN PLUS"
PERLUKAH KITA MEMINTA KEBENARAN PLUS UNTUK MENGGUNAKAN SEJADAH INI?
APA HUKUMNYA KITA AMBIL SEJADAH INI DARI PENYIDAI DI SURAU PLUS,
DAN BENTANGKAN SEJADAH NI UNTUK BERSOLAT?
TERANG-TERANG DAH DITULIS DIAMBIL TANPA KEBENARAN.

SEJADAH NI MEMANG AJAIB,
JIKA UNTUK MENGELAKKAN SEJADAH TERSEBUT DICURI
DAH TENTU PLUS AKAN TULIS "SEJADAH HAKMILIK PLUS"
BETOI KA?

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

4 ulasan:

  1. Friday, April 22, 2011
    MEREKA TELAH MENEMUI JALAN YANG LURUS, ANDA BILA LAGI
    PASIR PUTEH 21 April - Seramai 80 ahli Pas di sini bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

    Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.

    "Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi 'kuda kayu' tunggangan Pas buat selamanya. "Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk," dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.

    Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.
    "Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela.
    "Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar," dakwanya.

    Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.
    "Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara. "Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa-apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.

    "Tapi kalau tengok kepada wakil-wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah-mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas," dakwanya.

    Sumber :Utusan Malaysia
    Posted by Melayu Pasir Gudang at 10:51:00 PM

    BalasPadam
  2. tengok bawah...sumber daripada Utusan terus rase malas nak bace...kompom putar alam..hahaha....

    BalasPadam
  3. Utuseks Malaysia kahkahkah!!!

    BalasPadam
  4. itu ayat kasar bagi "hakmilik plus"..
    mksudnya,kalau tertera ayat cmtu, segan sikit org nk curik kan...sbb kes curi sejadah telekng ni berlaku laaa...mak aku dlu selalu wakafkan telekung kat rnr terdekat yg kecik2..tapi bila pergi balek xsmpai seminggu dah LESAP !!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...