Rasa shahdu bila melihat seorang hamba Allah mengambil kesempatan memberanikan diri untuk memberikan nasihat kepada TRIO yang ingin melakukan upacara bersumpah.
Kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari segala bentuk kemurkaan Allah kerana kerakusan golongan manusia yang terus berdegil melanggar perintah Allah.
Surah Al-Munafiqun Ayat 1 hingga 4
[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?
Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.
Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.
Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.
Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.
“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.
“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.
Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.
“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.
Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.
Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.
“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.
Tayangan peristiwa bersumpah yang macam sampah boleh klik disini
guruinspirasiku
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
bila agaknya ANUWAR nak bersumpah menafikan sumpah SK ATAU MEMANG tak takut kena SAMBAR PETIR KE?
BalasPadamoii mangkuk...mana ada sumpah2 ni...takkan anwar nak ikut perangai jahil sk tu......kalau bodo jangan bising nanti orang tau.
BalasPadamada sesumpah disana
BalasPadam“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.
BalasPadamItu kalau si Eskay tu bohong...Kalau dia tak bohong?? Mampus pi la dia nak bersumpah..kalau dia bohong, Allah akan melaknatnya..apa yg kecoh sangat?
Melayu ni bila maruah tercabar, automatically dia akan bersumpah kalau dipihak yg benar.. Yg aku pelik, payah sangat ke nak sebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi..Aku bukan peliwat, aku bukan pemantat dan aku bukan pelakun.....
setel...sejuk hati penyokong..tak payah penat-penat bergaduh..Serah segalanya pada Allah swt apart from tunggu keputusan siasatan... Jgnlah taksub sangat...
Biaqpilaa..kat dia..Dia yg nak sumpah..Hang sibuk buat pa...Hang patut heran bila Bung Anwar tu yg du dalih-dalih tak mau pi sumpah...
BalasPadamtlg baca Sural Al Imran ayat 61 plak, bukan ke pasal muhabalh ni dibolehkan?
BalasPadamUstaz ini yang rupa-rupanya penyamar Imam masjid?. Jikalau Qazaf kenapa Omega tidak membawanya ke Mahkamah Syariah?. Takut dirungkaikan lagi kerana adanya pembuktiaan melalui Qarinah? Rasulullah s.a.w. pun bersumpah Mubahalah kerana yakin bahawa dia di pihak yang benar. Yang akan menghakiminya adalah Allah s.w.t. dan laknat yang akan diturunkan bukan selepas mati tetapi semasa di dalam dunia lagi. Petanda-petanda sudah banyak Allah beri sejak sumpah Mubahalah Saiful Bukhari, Saiful kelihatan lebih tenang dan dapat mengerjakan Haji bersama neneknya, Omega? Dengan Wikipedia, kebocoran lawatan meminta maaf kepada Yahudi, kehilangan sokongan dari Tanah Arab dan para ulama dan pelbagai lagi. PAS, semakin banyak solat Hajatnya semakin banyak Allah s.w.t. bukakan kebenaran namun manusia yang menganuti PAS (mcm Bob) bukan menganuti Islam hatinya telah tertutup rapi. Berikan satu contoh apa yang boleh dijadikan kebanggaan Islam sejak PAS berada bersama Pakatan? Pusat pelacuran Melayu yang berdekatan dengan pejabat MB Kelantan?
BalasPadammmg betul sumpah li'an adalah sumpah utk suami isteri spt dlm surah an-nur ayat 6-10... tp sumpah eskay ni adalah sumpah mubahalah spt dlm surah ali imran ayat 61...
BalasPadamkalau benar Anwar berjiwa rakyat, pemimpin agung, dia patutnya dgn segera menghentikan segala kekalutan, tuduhan, fitnah semua ni, kalau dia betul2 sygkan negara, sayangkan rakyat, dia xkan snggup tgk rakyat begaduhan, negara kucar kacir sbb kes dia yg x bekesudahan nih...sayangnya Anwar lebih pentingkan diri, sanggup tgk negara huru hara, sanggup menjaja mslh negara ke negara luar...adakah ini ciri pemimpin yg kita mahu?
YA ALLAH..!!sekiranya Anwar difitnah...Kau selamatkanlah dia...sekiranya Anwar adalah sipelaku dalam video seks itu..biarlah dia disambar PETIR...Kau berikanlah kami petunjukMu YAALLAH..!!! AMIN
BalasPadamYA ALLAH..!!sekiranya Anwar difitnah...Kau selamatkanlah dia...sekiranya Anwar adalah sipelaku dalam video seks itu..biarlah dia disambar PETIR...Kau berikanlah kami petunjukMu YAALLAH..!!! AMIN
BalasPadamYA ALLAH..!!sekiranya Anwar difitnah...Kau selamatkanlah dia...sekiranya Anwar adalah sipelaku dalam video seks itu..biarlah dia disambar PETIR...Kau berikanlah kami petunjukMu YAALLAH..!!! AMIN
BalasPadam