Sabtu, April 02, 2011
Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?
Oleh Wira Arjuna
Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘tulen’.
Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.
Persoalannya : Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.
Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?
Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.
Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.
Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.
Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.
Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.
Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai TANPA polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan polis.
Mereka yang dimaksudkan adalah :
-Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman itu dikatakan dibuat.
- Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan 9 pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu.
- Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.
Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.
Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen pada 22 Mac.
Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.
Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!
Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara hari ini.
TVS
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Pasai dia tak buat lah yang dia buat repot . Ada faham ka.
BalasPadamRakyat sesebuah negara akan jadi bodoh bangang bila terikut-ikut dengan pemimpin-pemimpin yang bodoh bangang juga!
BalasPadamVIDEO TULIN OK KITA TERIMA STATMENTNYA .TAPI YANG KITA NAK TAU NI SIAPA PELAKUNYA ATAU TUNGGU MASA PILIHAARAYA BARU UMUM.TOLONG UMUMKAN.DATUK SERI ANNUAR IBRAHIM BEGITU HEBATNYA KELUARGAMU JADI PILIHAN ALLAH DALAM FITNAH LAKNAT INI.MAJU KEDEPAN ANNUAR MAJULAH ANDA BESAMA WAN AZIZAH.KAMI MELUAT PIMPINAN NAJIB, TERMASUK MENTERI MENTERINYA.
BalasPadamRSAMA WAN AZIZAH.KAMI NI MELUAT DENGAN PEMIMPIN NAJIB.