Jumaat, April 01, 2011

VIDEO TULEN TAPI PELAKON HAMPEH?



Ketua Polis Negara berkata siasatan (video) kini di tahap terakhir,tapi bagaimana belum selesai siasatan dah diumumkan? Tidakkah ini boleh menimbulkan spekulasi?

Bila dia umumkan video itu tulen,ini boleh mempengaruhi rakyat untuk mempercayai kes video seks tersebut.Semakin bertambah spekulasi kerana beliau hanya mengumumkan video itu tulen tapi kertas siasatan akan di serahkan kepada peguam negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat bukannya nak tahu video itu tulen ataupun tidak,rakyat nak tahu pelakon itu Anwar tulen atau palsu.

Mana lebih penting antara ketulenan video ataupun ketulenan pelakon yang dituduh?
Sebenarnya mereka membuang masa,jika mereka menyiasat ketulenan video terlebih dahulu. Ini kerana selepas siasat ketulenan video, mereka terpaksa pula menyiasat ketulenan pelakon yang dituduh.

Jika mereka menyiasat ketulenan pelakon terlebih dahulu dan mendapati pelakon itu adalah palsu,maka proses siasatan seterusnya tidak perlu dilakukan lagi.Terus sahaja lakukan pendakwaan terhadap pihak yang menuduh.Berapa banyak masa dan tenaga yang dapat dijimatkan?

Jika mereka menyiasat ketulenan pelakon terlebih dahulu pula dan mendapati pelakon itu tulen,maka barulah siasat ketulenan video untuk mengesahkan lagi kes itu.

Ketika itu barulah hasil siasatan diumumkan bagi mengelakkan spekulasi berterusan.

Dengan pengumuman ketulenan video seks tersebut,maka wajarlah pihak yang bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut di Carcosa Seri Negara diambil tindakan kerana rakyat melihat tiada apa-apa tindakan daripada pihak polis tentang perkara ini.



IGP: Pakar sah video seks tulen


Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara KPN) Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.

"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.

Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu
tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

7 ulasan:

  1. Friday, April 1, 2011
    VIDEO SEKS ITU TULEN ! SOLAT HAJAT PAS MENEMUI KEBENARAN !
    Posted by GAP KEMBALI at 5:17 PM 6 comments
    PROF ABU HASAN ABDULLAH BERKATA LAGI..
    dah lama aku tak tengok kelibat prof biol abu hasan abdullah ni.

    dulu selepas pru 2008 dia antara prof paling galak bercakap mengenai politik baru, suara rakyat, pengkayaan demokrasi...

    dia menyebut kekalahan BN pada pru 2008 merupakan katastrophi politik (bencana politik) yang bakal berpanjangan melanda BN.

    bukan sekadar itu, pernah satu ketika sewaktu beberapa siri pilihanraya kecil berlangsung astro awani antara yang paling kerap memanggil si biol ini berhujah,mengupas dan memutarbelitkan persepsi yang secara terang-terangan menyebelahi pakatan.

    tak percaya tanya kamarul baharin, pengulas politik terkenal astro awani. kamarul ni ada tabiat pelik. dia soal dan dia jawap sampai orang yang kena soal tak tahu apa soalan yang kamarul soal :)

    prof abu hasan pernah membuat prediction mengenai keputusan beberapa siri prk.

    antara yang aku ingat adalah prk bagan pinang dan hulu selangor.

    dia siap cakap BN boleh tumbang dengan sejumlah majoriti yang dia jangka.

    cara dia dapat dan buat prediction keputusan prk ni mudah. dia berdiri tepi jalan, tengok mood orang,ambik nafas panjang-panjang, pejam mata lepas tu datanglah keputusan yang turun dari langit terus masuk ke otaknya. biol punya kaedah :)

    apa punya turrr da cara buat prediction politik macamni.

    lepas ramalan nujum pak belalang dia banyak salah, dia terus belah. senyapkan diri.

    kali terakhir aku tengok dia jadi juri RTM dengan rosyam nor dalam pertandingan cari pelakon.

    kah kah kah. sungguh gay pemikiran mamat ni. kejap jadi hakim politik, kejap jadi hakim pelakon.

    jangan lepas ni dia jadi hero interlok dah la..muahahaha

    2 hari lepas dia keluarkan statement sokong anwar, sokong pakatan. dia nampak isu video seks anwar ini bakal mengembalikan keagungan pakatan yang semakin rapuh ditinggalkan rakyat.

    isu video seks ni memberi nafas baru kepada prof abu hasan.

    katanya orang melayu gagal keluar dari krisis peradaban.

    hallo mr kangkung, orang melayu gagal ke atau anwar yang kantoi ?

    ini bukan persoalan orang melayu. jangan dikaitkan kegagalan mengawal nafsu seks anwar dengan bangsa melayu. kamu silap prof.

    pokok isu ini mudah. anwar kaki zina. anwar suka buang air mani merata-rata. adakala kat pompuan adakala kat lelaki.

    tolonglah abu hasan, kau senyap sejak kebelakangan ni pun rakyat dah makin lupakan kebiolan kau membentang hujah.

    stop jilat menjilating, licking melicking la prof.

    kebenaran pasti muncul.
    Posted by GAP KEMBALI at 4:00 PM

    BalasPadam
  2. Jom baca-baca

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeguamSyarieMenulis_Tuduhanzinaperlubuktikukuh/Article

    BalasPadam
  3. kat berita 2 ad tulis
    "Menuduh seseorang yang baik lagi suci melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil hukumnya haram, termasuk dalam dosa besar dan boleh dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebatan dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq."

    BalasPadam
  4. beb takde sape yang tuduh ..orang cakap menyerupai apa dah..mesti le nak check apakah video tu tulen ke tak mana la tau animasi ke ... lain kali kalau nak fanatik pun jangan le pakai kepala lutut... takde sape yang cakap itu gambar pemimpin ko pun...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama2/4/11 12:15 PG

    video tulen yang tak tulen tu Anuar Ibrahim jadi apa lagi charge le yang emenayangnya.

    BalasPadam
  6. sedangkan membuka aib seseorang pun tuhan murka, inikan pula menuduh seseorang secara membabi buta tanpa membawa saksi yang utuh (perundangan islam). Ini akan membawa kepada perilaku fitnah. Benarlah seperti yang terdapat dalam kebanyakkan hadis bahawa waktu akhir zaman nanti saat dajal tiba,perilaku fitnah akan berleluasa sehingga menutupi kebenaran...

    Moga-moga kita dijauhkan dari kesesatan ini..

    Link ke blog saya:

    http://che-wan-kualakubu.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Alahai...siapa lah nak berzina atau meliwat kalau ada orang lain nampak,tu sbbnya kes liwat DSAi tidak slsai sbb mesti ada 4 orang saksi pla kecuali di serang hendap oleh pihak JAKIM lah baru ada saksi.Itu sbbnya manusia ni tidak boleh di nilai dengan melihat muka dan perwatakkannya saja.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...