Beberapa hari lalu Che Nad kemukakan 5 soalan untuk dijawab oleh UMNO Be End atau juak-juak mereka. Malangnya soalan yang mudah itu tidak mampu dijawab. Supaya Che Nad boleh menikmati rasa syok sendiri maka biarlah Che nad sendiri tolong jawab soalan tu bagi pihak bloggers UMNO Be End:
Soalan 1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.50 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kat UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?
Blog PELANTAQLUCAH jawab: Minta rebat kat UUM pun takleh bagi camna nak minta rebat kat UiTM Merbok, lagilah takleh bagi. Opss silap pulak BN patutnya desak rebat cukai kat semua premis Kerajaan Pusat yang ada atas tanah negeri baru rakyat nampak tak main politik, nii ka siang malam dok pulun isu UUM nampak sangat terbodo dengan mainan Naib Canselor UUM tu.
Soalan 2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kat UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tak bagi rebat kat UNIMEPs?
Blog KEDAHTIAM jawab: Gullpp, terkantoi dah ni. Macamnilah.. sebab Perlis tu miskin BN perintah, Kedah PAS perintah banyak duit.. ops silap.. takdak duit.. ops ada duit.. (eh nak kata Kedah ada duit nampak depa pandai merintah, nak kata takdak duit nak hujah apa pulak nak pakai kat Perlis..) Sat nak pi makan dulu, isok saya jawab.
Soalan 3. Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM perabih peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?
Blog PADIBETINAjawab: Pusat bagi duit mana cukup, kalau cukup tak timbul isu macam nilah. Ingat BN Pusat kaya sangat ka? Daripada depa perabih untuk kepentingan pendidikan dan kebajikan pelajar, lebih baik perabih untuk Rosmah Mansor makan angin luar negeri.. (eh aku jawab macam PR pulak).
Soalan 4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi free semuanya?
Blog JOMGODOWN jawab: Kalau bagi free semua nak ambik duit mana urus UUM, takdak akai ka? (Eh, kalau kerajaan negeri bagi rebat hilang RM1.6 juta makna sebahagian peruntukan kebajikan untuk rakyat hilanglah).. entahlah, aku tak reti jawablah..
Soalan 5. UUM yang mengaku takdak duit (uzur), tahun lepas umum syarikat2 miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20) hingga buat untung besar tapi liat nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?
Blog MAMIROCKER jawab: Berr..t..tt..anggungjawabbb.. sapa kata tak bertanggungjawab, alasannya sebab BN buat menatang apa pun semua betoi. Andaikata BN buka kandang babi dalam masjid pun betoi aihh, BN mana pernah silap, yang tak betoi PAS Pakatan Rakyat saja..paham!!
http://kedahla.blogspot.com/
TKO
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...