Rabu, Mei 25, 2011

BLOGGER DIMINTA TERUS BERBOHONG SUPAYA HARGA RON95 TAK DINAIKKAN



Menteri: Tiada kenaikan RON95, diesel, LPG

Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

Ditanya adakah pengekalan harga bahan api ini ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ismail berkata: “Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya.”

“Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya.

Ismail juga menolak tanggapan bahawa pengekalan harga bahan api itu juga adalah berikutan desakan pembangkang.

"Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang,” katanya.

Ismail juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terpengaruh dengan khabar angin terutama yang dibawa oleh parti pembangkang.

“Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar,” katanya.-malaysiakini

DEY MACHA!!!
APA KATA BLOGGER TERUS BERBOHONG KATA HARGA MINYAK RON95 AKAN NAIK
DEPA AKAN PASTIKAN CERITA BLOG PEMBANGKANG ADALAH BOHONG
JADI DEPA TAK AKAN PENAIK HARGA
SO INILAH CARANYA SUPAYA ISMAIL SABRI TAK PENAIK HARGA MINYAK RON95
KAH! KAH! KAH!

INILAH STRATEGI MUDAH DAN BERKESAN MENANGANI KENAIKAN HARGA RON95
KAH! KAH! KAH!

APA PULAK STRATEGI KITA KALAU KERAJAAN PENAIK JUGA HARGA RON95?
TAK PAYAH PIKIAQ LAGI
PASAI MENTERI YANG DIGAJI OLEH KITA PUN BELUM PIKIAQ LAGI BILA HARGA RON95 AKAN DIPENAIK...DEPA MEETING TAPI TAK BINCANG PUN SAMPAI BILA HARGA RON95 AKAN KEKAL...
KAH! KAH! KAH!



SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...