Khamis, Mei 12, 2011
Bola sepak: PDRM minta bantuan Fifa siasat jual permainan
SHAH ALAM, 11 Mei — Pihak polis mahu meminta bantuan perisikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berhubung dakwaan wujud rangkaian sindiket antarabangsa dalam menentukan keputusan perlawanan bola sepak yang turut melibatkan rakyat Malaysia.
Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata ia penting dilakukan bagi membolehkan polis menganalisa dan melancarkan operasi tertentu berhubung dakwaan tersebut.
“Kita mahu pasukan siasatan Fifa memberi maklumat risikan berhubung dakwaan rangkaian menetukan perlawanan beroperasi di Malaysia,” katanya dipetik Bernama Online.
Dilaporkan ketua keselamatan Fifa, Chris Eaton akan mengetuai pasukan siasatan ke Malaysia sebagai sebahagian siasatan berhubung dakwaan lebih 300 perlawanan di tiga buah benua dipengaruhi sindiket mengatur perlawanan.
Mohd Bakri berkata pihak polis akan menangani isu berkenaan kerana “kita tidak mahu memberi gambaran bahawa Malaysia merestui aktiviti demikian.”
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah berkata pasukan khas sedia bekerjasama dengan pasukan siasatan Fifa yang menyiasat dakwaan wujud rangkaian mengatur perlawanan yang turut melibatkan rakyat Malaysia. TMI
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...