Isnin, Mei 16, 2011

IBRAHIM ALI SILA BACA NI SEBELUM BERJIHAD


Kenyataan Media
Dato Hj Husam Musa
16 Mei 2011

Merujuk kepada kenyataan terbuka Datuk Ibrahim Ali bahawa beliau dan PERKASA sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita, saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi mnyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan UMNO/BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih.

Pertama, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah. Islam tidak megizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Kedua, PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan UMNO/BN selama ini. Bahkan hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan PERKASA tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih. Sebagai contoh, dimanakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama UMNO dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam.

Ketiga, kekeliruan yang berlaku dalam politik negara pada hari ini ialah kerana kebimbangan UMNO/BN kehilangan kuasa hasil ‘kemungkaran’ politik dan ekonomi yang berterusan yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum. Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh UMNO/BN adalah lebih utama diperbetulkan.

Keempat, Islam menganjurkan pendekatan yang menarik hati manusia lain contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Surah ‘Ali Imran ayat 159 yang berbunyi;



“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

Jika diamati ayat ini, sekiranya PERKASA ingin menguatkan lagi Islam, ia boleh dilakukan bukan hanya dengan kata-kata yang berapi-api tetapi dengan polisi dan amalan yang selari dengan Islam seluruhnya seperti berlaku adil, dan good governance/tatakelola yang baik.

Akhir sekali, nasihat saya kepada Datuk Ibrahim Ali, jika beliau ingin terus ‘berjihad’, saya sarankan beliau mengembalikan semula kerusi parlimen Pasir Mas terlebih dahulu kepada PAS yang beliau tandingi juga atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu. Orang yang hendak berjihad adalah WAJIB membayar hutang terlebih dahulu kerana ruh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai ‘hutang’ Datuk Ibrahim Ali.

Sekian, terima kasih.
Wassalam w.b.t

sumber: www.husammusa.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

4 ulasan:

  1. baso nate beruk mayeh braheng nie

    BalasPadam
  2. tak usah percaya le dengan org mulutbesar macam ni. cakap sj berdegar2 tapi sebenarnya penakut.Bodek UMNO latu nak dapat kerusi PRU13 nanti

    BalasPadam
  3. Ibrahim yg bijak dalam tempurung sahaja. Amerika tidak berminat berperang mana-mana negara tanpa tujuan iaitu minyak sebagai pulangan. Jangan anda cuba-cuba menghuru harakan negara Malaysia tercinta ini. Malaysia BUKAN untuk orang melayu sahaja, sebanarnya Melayu lupa diri dan gagal membantu bangsa lain terutama orang asli dalam hutan selama 50 tahun merdeka. Jika anda mahu senasip dengan negara besar seperti irak, agfanistan, libya dan mesir... Amerika senang menyahut gertakan anda itu... kerana dia tahu di malaysia ini ada LOMBONG MINYAK... (perlahan sedikit sebut) bukan kerana amerika berperang salib... Dia mahu itu minyak petronas. Tak faham2 budak ni tak pernah baca news tak?

    BalasPadam
  4. hahaha... memang benar Tanpa Nama yang bijak! ya.. sampai bebuih mulut menari-nari anti amerika sekali pun.. jika tempat anda berpijak tu... tidak ada minyak.. amerika pantang ambil layan. jangan anda bermain perkara anti amerika jika anda orang malaysia... mulut anda itu dilihat seperti paip minyak. Malaysia mempunyai minyak..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...