Isnin, Mei 02, 2011
JOM MAKAN NASI LEMAK BERALAS UTUSAN 5 PETANG NI
Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari hari ini menyelar Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana gagal mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan penulis Awang Selamat yang menyiarkan artikel berbaur perkauman. Beliau mengulas artikel yang ditulis Penolong Ketua Penerangan 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan bertajuk ‘Ayuh! 1Melayu 1Bumi’ dalam akhbar milik Umno baru-baru ini. Hata berkata, sikap dwistandard yang diamalkan KDN dengan ‘menghalal’ apa sahaja penulisan yang diterbitkan Utusan, punca berlakunya berita atau rencana seumpama itu disiarkan akhbar itu.
“Saya tidak faham dengan pendirian KDN apabila mudah mengambil tindakan sekiranya akhbar Cina atau India mengeluarkan artikel berbaur perkauman, tetapi tidak mempedulikan sekiranya Utusan yang turut mengeluarkan artikel sebegitu.
“Tapi dalam utusan, KDN tidak pernah bagi amaran, KDN seperti menyokong penulisan Utusan. Jika ahli NUJ pastinya mereka disuruh lepaskan jawatan, tapi Utusan bebas menulis apa sahaja,” katanya yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia yang kini digantung tugas..
Hata, yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengkritik majikannya, menganggap tulisan itu sengaja mencetuskan sentimen perkauman dan mahu menggugat keselamatan negara.
Malah beliau mendakwa Zaini cuba mengembalikan dasar apartheid di Afrika Selatan, namun tidak ada sebarang tindakan dari pihak berkuasa.
“Beliau cuba kembalikan dasar apartied di Malaysia. Tetapi sehingga kini tiada tindakan daripada KDN.
“KDN perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya kerana apa yang ditulis beliau secara jelas membangkitkan isu perkauman,” ujarnya.
Menurutnya, Zaini sebagai individu yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan selama lebih 20 tahun, seharusnya menyedari buruk baik dan akibat daripada penulisannya.
“Utusan perlu ubah cara penulisannya yang boleh mencetuskan isu perkauman. Sepatutnya perkara itu tidak perlu ditulis dan dibangkitkan kerana boleh menyebabkan perpecahan antara kaum,” katanya lagi
Selaras dengan kegagalan KDN itu, Hata akan menganjurkan perhimpunan ‘Tunjuk Rasa’ di hadapan pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, 2 Mei ini.
Tulisan itu kata Hata lagi telah mencetuskan rasa tidak selesa semua kaum di Malaysia.
“Tujuan kita menganjurkan perhimpunan secara aman itu untuk menunjukkan rasa tidak setuju dengan Utusan yang sengaja membangkitkan isu perkauman dalam penulisannya.
“Saya mengajurkan perhimpunan itu bukan atas kapasiti sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), tetapi sebagai wartawan (Utusan),” ujarnya yang didapati bersalah oleh panel siasatan Utusan 14 April lalu kerana mengikritik majikannya itu sebelum ini.
Katanya, sepanjang perhimpunan bermula jam 5 petang itu, beliau akan ‘mempersembahkan’ beberapa aktiviti yang dilakukan secara aman.
“Kita akan mengadakan sidang membaca akhbar Utusan secara terbalik selain dijadikan akhbar itu sebagai pembungkus nasi lemak simbolik kepada perhimpunan tersebut.
“Kita memilih untuk mengadakan pada jam 5 petang kerana pada masa itu, semua editor ada di pejabat. Tidak guna jika diadakan waktu pagi,” katanya.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT : KLIK PAGE PLATFORM A.M
KL-Today.com
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...