Ahad, Mei 22, 2011

KENYATAAN HISHAMUDIN, ADA UDANG DISEBALIK MEE?

Cuba melindungi dua pihak, Umno dan KDN dan dalam masa yang sama masih berusaha menekan Pakatan Rakyat


Terlalu lama Hishamudin mengambil masa untuk mendedahkan perkara sebenar berhubung isu penayangan video lucah oleh ketiga-tiga Dato’ T yang diketuai oleh Dato’ Syazril Eskay Abdullah. …
Janganlah kerana ketiga orang terlibat yang seharusnya sudah didakwa itu adalah orang UMNO sendiri, maka tindakan sengaja dilewat-lewatkan. Nampaknya ini yang telah berlaku !

Ini di antara kata-kata yang diluahkan oleh Hishamudin,…..
"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal.”

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi kelmarin

Siapa yang dimaksudkan oleh Hisham sebagai pihak yang ada kepentingan?....Ia seolah-olah menyindir Pakatan Rakyat khasnya DS Anwar Ibrahim. Walhal siapa sebenarnya yang memulakan episod video lucah ini? Bukankah pihak yang merancang fitnah dan menayangkan video lucah itu sendiri yang ada kepentingan? Pakatan Rakyat hanya menangkis tohmahan! Itu saja!. dan dengan izin Allah juga, sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin melimpah ruah. UMNO sepatutnya belajar! Insaf ! dan bermuhasabah! Tetapi malang!, mereka tidak mahu menggunakan akal yang Allah beri.

Jangan salahkan rakyat bila mereka mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa dalam melakukan siasatan! Apabila tiada alasan yang kukuh mengapa hingga hari ini datuk T belum ditahan dan didakwa, maka niat sebenar kementerian yang dipegang oleh Hishamudin itu mudah dibaca. Tujuan Hishamudin dan PDRM menangguh-nangguh dan memberi kenyataan demi kenyataan, sudah pasti ada udang disebalik batu.(ada udang di sebalik mee, kata orang sekarang)

Orang ramai sedar, tentu kepimpinan UMNO sekarang ini sedang memerah otak bagaimana hendak membenarkan perkara yang tidak benar, bagaimana hendak mengaslikan benda yang palsu ! Bagaimana nak mengolah semula cerita agar kebenaran dan keikhlasan datuk T untuk menegakkan agama Islam itu akan terserlah !!! ….

UMNO seboleh-bolehnya mereka mahu mencari jalan supaya perkara fitnah dan palsu ini, dengan kuasa magik yang ada pada PM akan bertukar menjadi benar!. Sebab itu semua pihak yang bersekongkol dengan Umnol tak habis-habis menyebut yang video itu tulin ! video itu tulin ! tulin, tulin tulin !!. dengan harapan rakyat akan terima juga yang pelakun video itu adalah Anwar !! Anwar, Anwar !!!
Mereka tak berani sebut yang pelaku dalam video lucah tulin itu adalah Anwar !! Kalau dihebahkan pelakunya bukan Anwar, seluruh ahli dan pemimpin UMNO akan malu besar!! PDRM, Hishamudin dan kementeriannya akan terbogel dengan sendirinya !!

Oleh : rahimothman

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. aku kesian tengok muka 3 trio ini ....muka orang susah hati dan sedih....sokmo...Termakan...sumpah ...kot itu sebab airmuka...3 trio.....macam...muka ...cuka aje....Hanya Allah swt yg tahu....bagaimana perasaan 3 trio...ni

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...