DEY MACHA!!!
PERTAMA SEKALI KITA PAKAT GELAK RAMAI-RAMAI,
PASAI IBRAHIM ALI TAK AKAN DIAMBIL TINDAKAN,
SEBABNYA KERAJAAN SEKARANG SUSAH NAK KAWAL,
KERANA ADANYA BLOG DAN TWITTER ORANG BOLEH CAKAP APA SAJA,
BUKAN GUA CAKAP TAPI NAZRI AZIZ PAK MENTERI CAKAP,
KAH! KAH! KAH!
INI KENA TANYA RAIS YATIM NIH
BETOI KA KERAJAAN DAH BAGI KEBEBASAN SEPENUHNYA UNTUK BERSUARA?
ORANG DAH BOLEH CAKAP APA SAJA DALAM BLOG DAN TWITTER?
TERMASUK SENTIMEN KEAGAMAAN DAN API PERKAUMAN?
SEMUA ORANG DAH BOLEH TIRU BERAHIM ALI?
KAH! KAH! KAH!
KALAU DAH BOLEH PASAI APA DUA BULAN LEPAS MAMAT KAT KERINCHI KENA TANGKAP DAN SIASAT DIBAWAH ISA?
ADAKAH AKTA ISA UNTUK ORANG YANG LAWAN UMPORNO SAJA?
KAH! KAH! KAH!
KALAU DAH BOLEH,PASAI APA ADUKA TARUNA PUN KENA KANTOI?
KALAU DAH BOLEH,PASAI APA HANIF KENA SIASAT?
SEBAB DEPA BUKAN GEROMBOLAN UMPORNO?
KALAU GEROMBOLAN UMPORNO SIAR VIDEO SEKS PUN LEPAS
KAH! KAH! KAH!
INILAH DIA NEGARA SADIQ SIGARAGA
UNDANG-UNDANG DI BAWAH TAPAK KAKI DEPA
GUA NAK BUAT APA GUA PUNYA SUKA
LU LANGSI LU MATI
LU BUKAN UMPORNO PUN LU MATI
KAH! KAH! KAH!
SILA BACA KENYATAAN YANG TAK BERAPA NAK CERDIK NI:
Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali
Tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung amarannya terhadap masyarakat Kristian kerana kenyataan seumpama itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia, kata menteri undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Tegasnya, walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya, memandangkan platform sosial dan media seperti Twitter dan blog, turut menyiarkan kenyataan seperti itu yang melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegahnya - atau menghukum - mereka.
"Adalah sukar untuk bertindak terhadap Ibrahim sekarang
dengan adanya Twitter dan blog... kerana kita tidak boleh memilih dalam membuat membuat pendakwaan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Ibrahim telah mencetuskan kemarahan awam apabila mengeluarkan kata dua kepada "orang Kristian yang tidak mengenang budi" sekiranya mereka meneruskan dakwaan rancangan yang menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Ibrahim membuat kenyataan itu berdasarkan kepada laporan Utusan Malaysia awal bulan ini yang mendakwa pemimpin Kristian dikatakan berpakat untuk mengubah perlembagaan persekutuan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri dan menjadi Malaysia sebuah negara Kristian.
Nazri berkata pengguna Twitter dan penulis blog juga telah melakukan kesalahan membuat kenyataan yang dianggap sensitif terhadap kumpulan lain.
"Jika saya mengambil tindakan sekrang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri.
Itu, tambahnya, akan merupakan satu tugas yang sukar kerana kerajaan akan dituduh mengekang kebebasan bersuara.-MK
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...