Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel penyelidkannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.
Kumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan.
Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi.
Sambil melaungkan “Stop Lynas” (hentikan Lynas) dan“Lynas go back Australia” (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku. -MK
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...