Rabu, Mei 04, 2011

MALAYSIA HALALKAN PORNOGRAFI?


Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) mencadangkan setelah lebih sebulan tiga orang yang menggelar diri mereka Datuk T tidak didakwa, padahal sudah sangat jelas dan terang mereka mengaku melakukan kesalahan yang melanggarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, maka lebih baik peraturan ini dibubarkan sahaja. Jelas bila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara terus berlengah-lengah dan tidak mendakwa Datuk T, negara ini termasuk dalam senarai negara yang menghalalkan pornografi seperti di kebanyakan negara Barat.

TERAS berpendapat bukan sahaja pihak berkuasa nampaknya maseh teragak-agak untuk bertindak malah lebih parah lagi terus melindungi Datuk T, maka Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral.

Malah bertambah berat lagi media dibenarkan menyiarkan serta menayang klip video lucah itu secara terbuka dan berulang kali disiarkan tanpa apa-apa tindakan diambil.

TERAS merasa sangat kesal dan membantah sekeras-kerasnya sikap kerajaan yang nyata dan terus terang double standard dalam isu video seks ini.

Oleh kerana itu wajar rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pihak berkuasa PDRM, Jabatan Peguam Negara, jabatan agama Islam, media dan terhadap seluruh jemaah menteri yang mengkhianati amanah untuk menjaga rakyat dari terjerumus dalam kepincangan akhlakdan politik kotor serta jahat.


Jika undang-undang yang jelas tidak mahu digunapakai untuk mengadili mereka yang melakukan kesalahan, maka TERAS berpendapat lebih baik digugur sahaja undang-undang tersebut sekaligus dibatalkan bidangkuasa agensi yang berkaitan.

‘Mahkamah media’

Adalah sangat memalukan dan mengaibkan sebagai sebuah negara yang telah merdeka 53 tahun, institusi kehakiman tidak lagi dihormati sebagai pemutus keadilan bila institusi tersebut menjadi perkakas kepada kuasa politik.

Kini ‘mahkamah media’ diberi ruang sepenuhnya untuk menghukum peribadi yang dianggap musuh kepada kerajaan yang berkuasa.

TERAS mengesa supaya diujudkan suruhanjaya di peringkat parlimen untuk menyemak fungsi agensi penguatkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

Suruhanjaya itu dipertanggungjawabkan melaporkan kembali kepada sidang Parlimen sekaligus akan bertindak sebagai badan pemantau supaya memastikan semua agensi menjalankan fungsinya secara jelas mengikut undang-undang yang dilulus.kan

Sebarang pertikaian hendaklah diadili dimahkamah dalam sistem kehakiman sivil dan syariah yang wujud di negara ini.

Tidak guna diluluskan di Parlimen pelbagai undang-undang jika agensi yang diberi tanggungjawab nampaknya terus berada dibawah telunjuk kuasa eksekutif.

Akibatnya rakyat menjadi mangsa kepada tingkahlaku ahli-ahli politik yang bersekongkol dengan agensi-agensi awam serta media yang berat sebelah, hanya untuk memastikan kuasa politik mereka tidak tergugat.

Penulis adalah Presiden TERAS

KLT





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...