Jumaat, Mei 27, 2011

Pemuda PAS bantah blog hina Islam

Pemuda buat lapuran terhadap blog hina Islam

Ismail Hashim


SHAH ALAM, 26 Mei: Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam hari ini membuat bantahan rasmi terhadap wujudnya sebuah blog yang disifatkan sebagai menghina Agama Islam, Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Akhir Zaman.



Ketua Pemuda PAS Kawasan Shah Alam, Mohd Hilmi Radzuan (duduk, tengah) bersama AJKnya selepas membuat lapuran. Setiausaha, Radzi Ismail (kiri) dan Bendahari, Rizal Samardi. Berdiri, dari kiri: Yusri Saidi, Yuswan, Izwan Ibrahim, Khairul Affandi Ibrahim, Mohd Hafiz Azeman dan Hazizi Ismail.


Ketua Pemudanya, Mohd Hilmi Radzuan berkata, mereka sangat memandang berat sikap tidak bertanggungjawab menghina Islam bukan sahaja sebagai agama rasmi tetapi Agama daripada Allah, Pencipta dan Pentadbir Alam ini.


Pemuda Shah Alam telah membuat tiga bantahan hari ini bermula di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kedua-duanya di Putrajaya dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.


Hilmi berkata, pihaknya telah terbaca satu blog yang mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap Allah SWT yang dipanggil sebagai babi dan juga menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai babi.


Menurutnya, blog http://makcikhajjahsittalwuza2u.wordpress.com itu juga turut memaparkan imej-imej penghinaan seperti babi membaca al-Quran, wanita berbgel di atas Kaabah dan banyak lagi imej yang mencemarkan kesucian agama Islam.


"Saya juga mendapati penulis blog ini secara sengaja ingin menimbulkan kemarahan umat Islam melalui artikel-artikel provokatif yang ditulis dan dipaparkan di blog berkenaan.


"Kami berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap penulis blog ini," tegas Hilmi dalam sidang akhbar selepas membuat lapuran berkaitan.


Dalam isu sama, Hilmi berkata, SKMM sewajarnya mengambil tindakan paling segera memandangkan perkara ini sangat besar kesannya kepada keharmonian dan kerukunan kehidupan dalam negara ini.


Katanya, pihaknya akan menimbulkan perkara ini dalam masa dua minggu selepas ini jika tiada sebarang tindakan positif diambil terhadap penulis dan blog berkenaan oleh pihak berkuasa.



Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Safwan Pujar memegang memo di SKMM, Putrajaya, hari ini. Bob, kiri dan Dzuang, kanan.


Berikut adalah memo penuh yang dihantar oleh Pemuda PAS Shah Alam kepada tiga pihak berwajib hari ini:-


Malaysia adalah sebuah negara aman dan makmur dihuni oleh masyarakat majmuk berbilang agama dan bangsa. Sesungguhnya kita semua maklum bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia.


Kami selaku Pemuda PAS Shah Alam berasa duka cita dan amat kecewa dengan tindakan pemilik website http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com yang terus terang menghina Allah swt, RasulNya dan agama Islam.


Sebagai umat Islam yang taat dan mengamalkan setiap ajaranNya, kami Pemuda PAS Shah Alam bersatu hati untuk membantah atas tindakan website ini. Kami bertegas mahu pihak polis, JAKIM dan SKMM agar menyekat dan mengambil tindakan dengan segera serta mengingatkan masyarakat supaya tidak bertindak keterlaluan yang boleh merosakkan akidah ummah dan menggugat perasaan ummat Islam khususnya.


Kami berharap pihak berkuasa jangan merasa mudah dan senang terhadap apa yang kami utarakan kerana ini melibatkan penghinaan kepada Yang Esa dan Rasulullah.


Mereka yang mengambil mudah di dalam hatinya terhadap perkara ini nescaya Allah Taala akan mengambil mudah buat dirinya di akhirat kelak.


Kami Pemuda PAS Shah Alam mengingatkan pihak yang berkuasa supaya mengambil tindakan segera terhadap pemilik website ini agar ia menjadi pengajaran bagi sesiapa sahaja yang cuba menghina mana-mana agama yang terdapat di Malaysia. -IBH


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...