Rabu, Mei 18, 2011

Projek Lynas: Aktivis rancang serah memo di kedutaan Australia


KUALA LUMPUR: Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan pada Jumaat 20 Mei 2011, jam 2 petang dari KLCC hingga ke kedutaan Australia.

Penganjur memaklumkan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk kumpulan pencinta alam akan menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia.

Memetik kenyataan Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar Kuantan: Pahang Don’t Need Hazardous di laman facebook, mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama serta status sosial untuk turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan Umno Barisan Nasional masih bersikap membisu.-KD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...