Rabu, Mei 25, 2011

Subsidi: Siapa yang Untung, Rakyat Atau Kroni...!!!






Subsidi adalah topik yang hangat di perkatakan sekarang baik dari pihak media mahu rakyat marhaen. Seperti biasa akhbar pencacai akan memainkan isu ini untuk menyokong hasrat kerajaan untuk mengurangkannya. Mungkin perkataan subsidi kurang difahami oleh sesetengah rakyat marhaen tetapi ia cukup sinonim dengan syarikat-syarikat besar yang diapungkan di Bursa Saham.





Seperti kata seorang yang bergelar orang kampung, 'Kerajaan pandai, kalau dia nak naik harga barang mereka akan naikkan harga minyak sahaja maka semua barangan lain akan naik'. Itu kata orang kampung yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi prihatin terhadap isu semasa.





Sekarang para menteri cuba menerangkan kepada orang ramai bahawa pada tahun ini kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak hampir RM 20 bilion berbanding RM 10 bilion pada tahun lepas. Kata-kata orang politik yang meminta simpati rakyat betapa beban kerajaan semakin bertambah kerana subsidi sudah menjadi candu kepada rakyat. Apakah benar apa yang dikatakan bahawa rakyat sudah ketagih subsidi atau mereka cuba melindungi para kroni-kroninya.





Mungkin rakyat tidak mengetahui bahawa subsidi untuk IPP atau Pengeluar Tenaga Bebas telah diberi subsidi sebanyak RM 22 bilion setahun dalam urus niaga berat sebelah dengan TNB. TNB terpaksa membeli tenaga yang dikeluarkan oleh IPP dengan harga yang tinggi walau pun tenaga yang dimiliki sendiri pun sudah berlebihan. Mahu tak mahu TNB terpaksa membayarnya apa keadaannya sekali pun.





Siapa pemilik saham besar dalam syarikat IPP tersebut jika bukan bilioner yang tersenarai orang-orang terkaya di Malaysia. Inilah sebenarnya orang yang telah menjadikan subsidi sebagai candu dengan dilindungi oleh pihak kerajaan dan yang menjadi mangsanya ialah rakyat. Petronas terpaksa memberi subsidi gas yang dibeli dengan harga mahal dan menjual dengan harga murah kepada syarikat milik bilioner-bilioner ini. Kesudahannya rakyat disalahkan kerana dikatakan terlalu bergantung pada kerajaan.







Dalam masa tiga tahun ini, rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup sebanyak 33 peratus tetapi bagi kakitangan kerajaan, tiada langsung kenaikan gaji berlaku sejak sepuluh tahun lalu. Sudahlah bonus tahunan hanya RM 1000 dengan dua kali bayar berbanding dengan kakitangan swasta yang ada mendapat dua bulan gaji. Di manakah keadilan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan kononnya rakyat didahulukan.





Dengan ura-ura harga minyak, gas dan elektrik akan dinaikkan, beban rakyat marhaen semakin bertambah. Inilah jasa Umno/BN untuk rakyat kerana membantu memberi bebanan yang berganda dengan menjurangkan lagi antara yang kaya dan yang miskin. Tanyalah berapa gaji para menteri dan timbalan menteri yang segala keperluan ditanggung setiap bulan dan masih bergaji RM 50-52 ribu sebulan.





Lihatlah pula rumah para pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka, adakah nilainya RM 100 ribu yang bagi rakyat marhaen angka yang cukup besar. Bagi Rosmah, nilai RM 100 ribu hanya untuk melelapkan mata selama sehari sahaja kerana egonya sebagai 'First Lady'. Mereka berlumba sesama sendiri membina istana-istana yang besar sehingga ada yang mencecah puluhan juta. Dari mana sumber yang mereka dapat untuk membina istana-istana besar-besar itu.





Sejak era Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga ke era Najib, lebih RM 300 bilion duit rakyat lesap disamun oleh para pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka. Apakah rakyat masih tidur atau masih mamai dek kerana RM 50 yang dimasukkan ke dalam poket oleh penyamun-penyamun ini setiap kali pilihan raya. Kerana RM 50, segala kutukan dan makian yang di laungkan kepada Adun dan MP Umno/BN yang menghilang diri selepas menang pilihan raya pun hilang sama dek tepukan dibahu menagih undi.





Sedarlah wahai rakyat Malaysia, jika kebajikan anda sudah diabaikan dengan alasan mengurangkan ketagihan candu (subsidi), maka sudah tiba masanya untuk mereka direhatkan kerana mereka sudah tidak lagi pandai mengurus negara. Gunakan kuasa anda untuk menolak kerajaan yang korup dan hadapkan mereka semua ke muka pengadilan untuk mengembalikan harta yang telah mereka samun.

ruzanah

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...