Isnin, Mei 30, 2011

Tarikh PRU-13: Najib-Muhyiddin tak sependapat?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13, kata seorang pemimpin PKR, lapor TV Selangor.

pkr Ahmad Nizam HamidTimbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata perbalahan ini timbul kerana ada pergelutan kuasa dalam Umno.

"Ramai yang ramalkan PRU bulan Julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro-Muhyidin Yassin mendesak supaya Najib Razak istihar pilihan raya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat.

"Kerana penguasaan, Muhyidin ingin berkuasa tetapi Najib masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam pada ceramahnya di Markas PAS Temerloh, malam semalam.

Muhyiddin dilaporkan mendesak Najib untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin walaupun presiden Umno itu menyedari langkah itu bakal mengundang padah berasaskan sentimen semasa pengundi.

Menurut beliau, kekalahan bagi Umno pada pilihan raya akan datang akan membuka laluan untuk Muhyiddin mencabar ketuanya pada pemilihan parti dan jika menang, Muhyiddin sekali gus akan menjadi perdana menteri menggantikan Najib.

NONENizam berkata kumpulan pro-Muhyiddin menggunakan taktik yang sama untuk mengusir Tun Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya selepas beliau memanggil pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 atas desakan pihak tertentu.

Keputusan itu berakhir dengan Umno-BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pada pilihan raya itu, Pakatan Rakyat yang mewakili PKR-PAS-DAP turut menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di samping mengekalkan Kelantan.

Tidak lama selepas itu, Muhyiddin dilaporkan antara pemimpin utama yang mendesak supaya Abdullah berundur "demi masa depan Umno."

Nizam berkata apa yang berlaku dalam Umno ketika itu adalah kes "kawan makan kawan" dan kini episod itu sedang berulang sekali lagi antara Muhyiddin dan Najib.

azlan"Muhyidin mahu perangkap Najib agar nasib yang diterima oleh Abdullah Ahmad Badawi akan terjadi kepada Najib, sebab apa ia berlaku... dari maklumat yang kita terima Muhyidin mengesa anak buahnya kerana beliau sudah berumur berbanding Najib. Jadi sebab itu Muhyidin mahu jadi Perdana Menteri," katanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ADUN Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fauzi Abd Rahman. -MK


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...