Sabtu, Mei 14, 2011

TEMAN WANITA DIROGOL BERGILIR-GILIR DI DEPAN MATA


SERI ALAM: Seorang lelaki hanya mampu merayu sambil tangan dan kakinya diikat, ketika teman wanitanya yang juga seorang ibu tunggal beranak satu dirogol bergilir-gilir dua penjenayah bersenjatakan pisau di sebuah rumah kosong di Telok Jawa di sini, pada jam 2.25 pagi, Isnin lalu.

Terdahulu mangsa berusia 26 tahun memandu kereta bersama teman wanitanya berusia 24 tahun berhenti di persimpangan lampu isyarat di kawasan berhampiran, sebelum didatangi dua suspek yang menunggang motosikal sambil mengacukan pisau ke arah mereka.
Seorang daripada suspek turun dari motosikal dan mengugut akan mencederakan pasangan itu sebelum mangsa diarahkan memandu kereta ke sebuah rumah kosong, manakala seorang lagi penjenayah mengekori dari belakang dengan menunggang motosikalnya.

Difahamkan, ketika tiba di rumah kosong itu, tangan dan kaki mangsa diikat dan dua penjenayah berkenaan kemudian merogol teman wanitanya.


Lelaki terbabit dikatakan hanya mampu melihat dan mendengar tangisan teman wanitanya meminta tolong, sebelum mereka berdua ditinggalkan di rumah itu.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Perjalanan hidup kiter ni kalau ikut acuan ugamer Islam memang selamat dunier akhirat.Berdua2an dgn pasangan yg tidak diikat dgn perkahwinan akan mendatangkan fitnah sbb syaitan sentiaser mengajak kpd kemungkaran.Disbbkan terlalu 'asyik',sampai luper tentang keselamatan.Waktu 2.30 pagi,sunyi,ngaper tak di'lock'pintu dan dinaikkan ceghomin motokar tu...tak dapat ler diceghoboh dan tak bulih ler pisau musuh sampai kebadan.Menyesai pon tak bulih buat aper dah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...