 Kebelakangan ini, Utusan Malaysia bagai di"rasuk" dengan persembahan headline  yang agak liar dan bersifat provokatif tanpa mengambil kira kesan  langsung yang bakal dihadapi oleh negara dan rakyat seluruhnya. Jelas  kelihatan seperti Utusan Malaysia tidak sabar - sabar mahu menunjukkan wajah sebenarnya sebagai alat misionery pihak tertentu apabila  Utusan Malaysia bukan sahaja sanggup mengenepikan etika kewartawanan  yang bernilai tinggi tetapi tergamak mempalit wajahnya dengan laporan bertaraf jalanan dan berita bertaraf lucah.
Kebelakangan ini, Utusan Malaysia bagai di"rasuk" dengan persembahan headline  yang agak liar dan bersifat provokatif tanpa mengambil kira kesan  langsung yang bakal dihadapi oleh negara dan rakyat seluruhnya. Jelas  kelihatan seperti Utusan Malaysia tidak sabar - sabar mahu menunjukkan wajah sebenarnya sebagai alat misionery pihak tertentu apabila  Utusan Malaysia bukan sahaja sanggup mengenepikan etika kewartawanan  yang bernilai tinggi tetapi tergamak mempalit wajahnya dengan laporan bertaraf jalanan dan berita bertaraf lucah.2. Saya tidak menafikan seketika dulu, Utusan Malaysia pernah menjadi akhbar terbilang di rantau ini , namun malang  sejak mutaakhir ini prestasinya menjunam teruk dengan taraf dan  standard berita yang kian runtuh etika dan susut nilainya pada mata  masyarakat berinformasi. Tagline Utusan Malaysia "Pemangkin Fikiran Rakyat" kini menjadi "Pencelaru Fikiran Rakyat".
3.  Nilai dan etika kewartawanan seperti benar, tepat, berinformasi,  bertanggungjawab dan sebagainya tidak lagi menjadi prinsip utama dalam  melaporkan berita kepada masyarakat umum. Sebagai contoh laporan berita  bertulis dan bergambar mengenai video seks yang dikaitkan dengan Ketua  Pembangkang disiarkan dengan cara yang sangat tidak bermoral bagi sebuah  akhbar yang kononnya menjadi pemangkin fikiran rakyat sedang pihak yang  ditohmah belum didakwa, disiasat dan dibuktikan bersalah. Malah mana -  mana pihak yang didapati bersalah sekalipun, tidaklah wajar kisahnya  dipaparkan kepada umum, inikan pula paparan yang bermaksud untuk  mengaibkan, menjatuhkan maruah serta menghina.
4. Negara  kita ada undang - undang dan peraturan sementara negara juga memiliki  pendakwaraya, mahkamah dan hakim. Kenapa Utusan Malaysia pula yang  mengambil alih tugas sebagai pendakwaraya, mahkamah dan hakim. Negara akan runtuh peradabannya jika perkara ini dibiarkan berlarutan dan berleluasa.
5.  Terkini Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai kononnya terdapat  usaha untuk mengkristiankan negara dengan menjadikan Kristian sebagai  agama rasmi. Lebih malang, berita itu hanya dipetik dari sebuah blog  yang tidak bertanggungjawab. Tanpa mempedulikan implikasi dari  laporan yang dibuat, Utusan Malaysia akhirnya menjatuhkan tarafnya dan  duduk sama ranking dengan blog nyamuk.
6. Tika ini, blog tersebut telah memadam postingnya berkait isu ini dan  Utusan Malaysia menerima tamparan hebat dari semua pihak termasuk dari  MCA yang menjadi sekutu dan kompenan Barisan Nasional apabila dianggap  tidak berhati - hati membuat laporan malah dilihat gelojoh tidak menentu  hala dalam membuat serangan kepada ppihak pembangkang. Hilang rasional dan kematangan sebagai sebuah akhbar yang berusia dalam negara ini.
7.  Sebahagian rakyat mula menunjukkan reaksi mual dan tidak selesa mereka  terhadap sikap dan pendekatan Utusan Malaysia pada hari ini. Layaknya Utusan Malaysia menjadi "Pemangkin Fikiran UMNO" bukan "Pemangkin Fikiran Rakyat".  Justeru ia kini menjadi 100% lidah rasmi UMNO bukan lagi menjadi media  umum yang perlu diakses oleh seluruh rakyat. Sebaliknya Utusan Malaysia dicadangkan agar ditulis besar pada penjuru kirinya : "Untuk Ahli UMNO sahaja".
8. Saya percaya, andai trend ini kekal dan berlarutan,  Utusan Malaysia akan kehilangan pembeli dan pembaca popularnya dan  Sinar Harian akan menjadi tumpuan masyarakat teramai dan hitnya akan  jauh mengatasi Utusan Malaysia.Tinggallah Utusan Malaysia dengan keangkuhannya dan ditindih perasan serta syok sendiri yang ketara.
9.  Sementara tidaklah mengapa jika Utusan Malaysia mahu mengkritik  pembangkang biarpun secara demokratiknya keadaan masih berat sebelah,  tetapi biarlah benar, tepat dan berfakta. Jika tersilap, segera memohon  maaf dan siarkannya secara terbuka pula.
10.  Saya tidak perlu menjadi konsultant percuma buat Utusan Malaysia  justeru usia mereka di arena kewartawanan ini sayugianya mereka mampu  menilai dan dewasa dalam bertindak. Saya sendiri mula diserang  rasa rugi membeli Utusan Malaysia yang mula merosot teruk nilai  informasinya. Utusan Malaysia kini hanya sarat dengan laporan bersifat  provokasi, lucah, berita jenayah dan hiburan. Sementara laporan bernilai informasi yang membangun minda dan membina spiritual terlalu minima.
atau, ada insan yang tidak bersetuju dengan apa yang saya ungkapkan sejujurnya ini ?
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
briged-akhdor
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...