Khamis, Jun 23, 2011

BERSIH dihalang, demokrasi atau kapitalis?

Oleh Terumbu Karang



Kami bukan mahu menumbangkan kerajaan. Tapi kami hanya mahu dan tuntut demokrasi. Jika pilihanraya di jalankan dengan bersih, tak akan wujud perhimpunan ini. Inilah hasrat dan destinasi perhimpunan bersih di wujudkan dan di anjurkan.

Bersihkan dari media perdana di dominasi oleh BN sahaja ketika kempen pilihanraya. Bersihkan undi pos yang biasanya hanya berpihak 100 peratus kepada BN. Kenapa BN harus takut dengan perhimpunan ini sekiranya pilihanraya nagara kita benar-benar bersih?

Jika benar negara kita demokrasi, kita di benarkan untuk berhimpun dan bersuara dengan bebas. Jika tidak, kita adalah sebuah negara sekular yang mendukung dotrin komunisma.

Segala jenis perhimpunan yang di anjurkan oleh pihak BN, pihak berkuasa benarkan. Semua perhimpunan yang di sertai oleh pihak pembangkang, dikelaskan sebagai perhimpunan haram.

Jadi apakah ini yang di katatakan demokrasi seperti yang sering di agungkan oleh pihak BN?

Perhimpunan yang di rancang secara aman, akan menjadi ganas apabila pihak polis menangani secara kasar. Campurtangan dengan cara yang tidak menghormati hak kebebasan untuk bersuara ini yang menjadi faktor sesebuah perhimpunan menjadi ganas.

Seperti ikan yang dipancing terkena umpan. Apabila ikan terasa sakit akibat tusukan mata kail, ikan akan bertindak ganas untuk melepaskan diri kerana ikan tersebut merasakan dia tidak patut ditangkap.

Apakah kerajaan BN masih ingin menyifatkan mereka adalah pendukung demokrasi? Demokrasi yang dilaung tetapi kapitalis yang dilaksanakan.

DD


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...