Sabtu, Jun 11, 2011

Gadis Rayu Dibenarkan Kahwin Pelarian Myanmar



KUALA LUMPUR 8 JUN : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan merujuk masalah yang dihadapi seorang gadis dari Perak untuk berkahwin seorang pelarian Mynmar kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nurul Izzah berkata, undang-undang negara melarang Amirah Ismail,25, untuk berkahwin dengan jejaka idamannya yang memeluk agama Islam ketika mencari suaka di Malaysia.

Berdasarkan Akta Imigresen 1959, seseorang pelarian yang tidak mempunyai dokumen tidak dibenarkan berkahwin dengan warga negara Malaysia.

"Pihak kami akan buat cuba beberapa langkah susulan, bukan sahaja untuk melindungi hak asasi pelarian, tetapi juga hak untuk rakyat Malaysia yang membuat keputusan untuk berkahwin,' kata Nurul yang juga Naib Presiden PKR.

“Malangnya kerana di bawah undang-undang Malaysia tidak ada rakyat negara kita yang boleh berkahwin dengan seorang pelarian, walaupun diiktiraf oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

"Bagaimana dengan perakuan daripada UNHCR bahawa mereka ini dizalimi di negara sendiri, walhal kita bercakap tentang isu kemanusiaan,"katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Nurul Izzah berkata, masalah Amirah yang mendaftar sebagai pengundi di Lembah Pantai juga akan dibawa ke pengetahuan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menentukan langkah susulan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, hasrat pasangan terbabit tidak kesampaian apabila terikat dengan Akta Imigresen 1959 tidak membenarkan mana-mana pelarian yang tidak ada dokumen sah untuk berkahwin dengan warga negara Malaysia.

Dalam pada itu, Amirah yang ditemui pada sidang media yang sama berharap beliau dapat berkahwin dengan David Sing Lian Pam atau nama Islamnya Mohd Daniel Abdullah.

"Saya bertemu dengannya sejak satu tahun yang lalu, saya harap dapat sangat berkahwin (dengan Mohd Daniel)." katanya.

Ditanya sama ada mendapat restu daripada keluarga termasuk ibu bapanya, Amirah berkata kedua-dua orang tuanya telah meninggal dunia.

"Kakak saya tidak ada masalah dengan saya (untuk berkahwin)," katanya.

Ujarnya lagi, kekasihnya itu kini berumur 28 tahun, tidak dibenarkan bekerja di Malaysia dan tinggal bersama-sama bapa saudaranya sejak tiga tahun yang lalu.

Amirah bertemu dengan Mohd Daniel ketika bekerja di sebuah restoran di Kelana Jaya pada bulan Ogos tahun lalu.

tvs

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Nak mencelah. info terbaru, sekarang dah boleh berkahwin dengan pelarian UNHCR. rujuk post ini.
    http://jomlebercuti.blogspot.my/2016/05/panduan-berkahwin-dengan-pelarian-unhcr.html

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...