Rabu, Jun 01, 2011

Homework cuti skuloh: taraf vs tarif

adoi la kekadang senak otak mengikuti perkembangan semasa ni. suka atau tak, rasanya kena mikir juga hal yang berlaku di sekeliling kita...

sila buat karangan dan contoh yang sesuai yang menunjukkan perbezaan kedua-duanya

takrif;

taraf bererti kedudukan

tarif pulak berkaitan dengan bayaran bil elektrik yang heboh sekarang ni

kandungan

taraf hidup seseorang akan meningkat bila dilihat dari sudut pencapaian status sosial, politik mahupun ekonominya. contohnya;

1). taraf saleh yaakob di mata orang lelaki naik melonjak bila kuotanya sudah mencukupi (barangkali ada hubungkait dengan n3 ni)

suatu yang pelik bila wikipedia mentafsirkan tarif sebagai cukai yang dikenakan ke atas barangan yang diimport sedangkan berdasarkan pengetahuan am, elektrik dijana di dalam negara kita sendiri. contoh yang sesuai untuk rakyat malaysia ialah;

1). tarif elektrik yang naik baru-baru ini menunjukkan kejayaan kerajaan meningkatkan status rakyat berpendapatan tinggi (dah nama duit banyok kena la bayo rega yang tinggi...)

kesimpulan

walopon taraf anda sorang yang kaya-raya, sila jimatkan elektrik untuk mengelakkan tarif yang dikenakan sekiranya penggunaannya melebihi 300 kwj

psst: faham ke n3 ni. aku nak merapu je ni, kesan daripada situasi yang berlaku di sekeliling...

cemomoi


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...