Jumaat, Jun 10, 2011

Negara kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam'

Umno sedang menggelupor dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang berikrar menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONEMenurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.

“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

NONE"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya yang disiarkan di Harakahdaily.

Sejak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara berkebajikan semasa ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-57 minggu lalu, pimpinan Umno dan media arus perdana milik mereka telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

NONE“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim.

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, katanya berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

NONE“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya,” katanya.

MK




SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...