Ahad, Jun 05, 2011

Pulau Pinang Sesak Dengan Pelancong Musim Cuti Sekolah



Ke mana saja anda pergi di tempat-tempat tarikan pelancongan di Pulau Pinang, anda akan berdepan dengan kesesakan. Pulau Pinang dibanjiri pelancong dalam negeri sempena musim cuti sekolah.Selain pelancong dalam negeri, deretan teksi dan beca roda tiga atau lancia, setia menunggu beribu pelancong asing yang tiba dengan kapal pelancongan mewah di Jeti Swettenham.

Kesesakan jalan raya amat ketara terutama sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah, dulu Northam Road, Jalan Kelwai, Persiaran Gurney, Jalan Burma, Jalan Gottlieb, Jalan Bagan Jermal, Jalan Tanjong Tokong hinggalah ke Telok Bahang.

Di dalam kawasan pusat bandar raya, Tapak Warisan Dunia menjadi tarikan utama terutama oleh pelancong asing. Tetapi, kawasan yang pernah dikenali sebagai Malay Town, seolah-olah terasing dan kita ingin tahu apa yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Agama Islam yang mentadbir harta wakaf di kawasan Lebuh Aceh.

Apa yang jelas, Pulau Pinang kini menikmati kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri yang amat ketara.

Masalah besar yang dihadapi adalah sistem lalulintas yang agak ketinggalan zaman. Masih banyak jalan utama yang mengekalkan laluan dua hala seperti Jalan Kelawai, Jalan Burma dari simpang Jalan Pangkor hingga ke Jalan Gottlieb dan sepanjang Persiaran Gurney.

Kesesakan mungkin dapat ditasi atau di kurangkan sekiranya laluan-laluan tersebut dijadikan laluan sehala.

Semoga pentadbiran negeri dapat mempercepatkan usaha untuk memperbaiki sistem lalulintas di bahagian pulau, Pulau Pinang demi kebaikan semua pihak

kudaranggi.blogspot.com

UO

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...