KUALA LUMPUR – Hasrat membuat kejutan dan memenuhi kehendak kekasih untuk tampil menawan membawa derita kepada seorang wanita setelah payu dara dan perutnya yang cuba dicantikkan melalui pembedahan plastik bernanah.
Lebih malang, keadaan itu juga menjadi punca teman lelakinya memutuskan perhubungan dengan mangsa yang berasal dari Triang, Pahang itu.
Wanita hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30, berkata, payu daranya menjadi gatal dan bernanah kerana dijangkiti kuman selepas pembedahan plastik di sebuah klinik kosmetik tidak berlesen pada 11 Mac tahun lalu dengan kos sebanyak RM13,100.
Menurutnya, dia ke klinik berkenaan selepas diperkenalkan seorang rakannya yang pernah menjalani pembedahan sedut lemak di situ.
”Saya menanggung sakit selama dua jam kerana pembedahan dilakukan tanpa ubat bius,” katanya di Wisma MCA, semalam. Menurutnya, doktor dipercayai warga China, memindahkan lemak dari perut ke payu daranya.
Selepas empat bulan kesakitan, mangsa bertemu dengan pakar surgeri di Ampang.
Di klinik itu, dia terkejut apabila pakar memberitahu lemak perut tidak boleh digunakan untuk membesarkan payudara.
Menurut mangsa, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor warga China itu.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, beliau akan memaklumkan kes itu kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk tindakan lanjut.
SH
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...