Sabtu, Julai 23, 2011
Beng Hock : Paksa Hingga Bunuh Diri Sama Dengan Membunuh
SHAH ALAM 22 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bertanggungjawab mencabul nyawa Teoh Beng Hock apabila menyoal-siasat mendiang dengan begitu agresif sehingga memaksanya membunuh diri, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Sehubungan itu, Kit Siang mendesak agar SPRM bertanggungjawab ke atas insiden yang berlaku.
“Paksa sehingga bunuh diri turut mirip tindakan membunuh, oleh itu, SPRM bertanggungjawab berhadapan dengan kesannya,” kata Lim Kit Siang.
“Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri,” kata beliau dalam laman blognya.
Semalam, suruhanjaya siasatan diraja memutuskan Beng Hock membunuh diri ekoran tekanan soal siasat siasatan agresif dan berterusan di pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah, suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock itu berkata bekas pembantu politik itu ‘terganggu’ ekoran sikap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) yang dilabel sebagai “membuli, menyalahguna kuasa dan angkuh.”
Suruhanjaya itu juga memutuskan bahawa pegawai SPRM berkenaan memalsukan keterangan untuk disogokkan kepada Beng Hock bagi mendapatkan pengakuan secara helah daripada mendiang.
Tiga pegawai SPRM yang menyoal siasat Beng Hock adalah bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim dan Arman Alies serta Mohd Ashraf Mohd Yunus.
Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang ‘menundukkan’ Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.
Menurut laporan suruhanjaya itu, “Arman yang membuli” kemungkinan telah memanipulasikan saksi untuk mendapatkan bukti.
“Ashraf salah guna (kedudukan),” kata suruhanjaya merujuk kepada kaedah yang digunakannya mendapatkan bukti.
Elemen paling teruk dalam penilaian laporan itu mengenai kaedah-kaedah SPRM adalah gambaran suruhanjaya tentang Hishammuddin.
“HH merupakan seorang pemimpin angkuh, yang akan menggunakan apa sahaja selagi matlamatnya tercapai, tidak kira cara yang digunakan,” kata laporan tersebut.
Sebagai ketua, Hishammuddin dikatakan menyemai ketakutan di kalangan pegawainya.
Di bawah kepimpinan Hishammuddin, kata laporan suruhanjaya ini, kebanyakan pegawai ada tabiat berbohong.
Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.
TVS
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...