Rabu, Julai 13, 2011

Bersih 2.0 : Tindakan Putrajaya Cetus Momentum Besar


KUALA LUMPUR 13 JULAI : Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Putrajaya yang seharusnya dipersalahkan atas respons luar dugaan rakyat ke atas himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil di ibu negara, Sabtu lalu.

Dalam temu bual dengan Wall Street Journal yang diterbitkan oleh laman web akhbar itu semalam, Ambiga menolak sepenuhnya tanggapan bahawa perhimpunan hujung minggu lalu mirip kebangkitan rakyat di negara-negara Arab.

Katanya, ini kerana pihaknya tidak berhasrat untuk merampas kuasa pentadbiran Najib serta menggulingkan Umno-Barisan Nasional (BN) meskipun kepimpinan perikatan itu mendakwa sedemikian.

Menurut Ambiga, tindakan keras kerajaan menzalimi rakyatnya sendiri adalah faktor utama rakyat jelata bangkit menuntut demokrasi dalam sistem pilihan raya di negara ini.

“Dan, saya fikir itu sebabnya kami ada bilangan (penyerataan yang besar) dan momentum kami lakukan.

“Secara jujurnya, jika kami dibenar meneruskan dan mengadakan (perhimpunan sebagaimana dirancang), kami sudah pasti bilangan ini tidak sebesar itu,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini sambil menambah, pada awalnya beliau meragui sama ada akan memperoleh sokongan yang sebesar itu.

Ia laporan kritikal yang terbaru selepas tulisan yang sama dibawa oleh Jakarta Post dan Straits Times masing-masing dari Indonesia dan Singapura.

Penganjur mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah disertai sekitar 50,000 orang tetapi ia dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan bahawa ia hanya menghimpunkan 6,000 orang.

Wall Street Journal, akhbar bisnes antarabangsa berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mencetuskan persekitaran “takut dan menekan”, yang akhirnya mengakibatkan penentangan terhadap perdana menteri itu yang mengambil alih jawatannya April 2009.

Ambiga juga berkata, Bersih 2.0 hanya menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bukannya perubahan kerajaan yang memerintah sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah dan di beberapa negara dunia Arab.

“Kesemua apa yang kami lakukan hanyalah meminta satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

“Respons tidak seimbang kerajaan yang mencetuskan momentum ini.

“Tetapi kami masih sebuah negara yang mencintakan keamanan. Kami masih mahukan kerajaan yang adil,” kata beliau.

Ambiga seterusnya berkata, “bagi saya, bukan menjadi niat kami dan masih bukan niat kami untuk menjatuhkan kerajaan ini,” ujarnya.

“Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan ini untuk memperbaiki sistem pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau juga mengkritik respons kerajaan ke atas perhimpunan Sabtu lalu yang menyaksikan polis menggunakan air berasid dan gas pemedih mata, sekali gus menangkap lebih 1,600 orang termasuk pemimpin-pemimpin parti politik.

Katanya, Putrajaya tidak memahami situasi yang wujud dengan tepat dan betul.

“Mereka datang balik pada hari Isnin dan menyerang Bersih lagi. Anda menyerang orang ramai. Golongan pengundi yang anda serang,” tambahnya lagi.

tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Nak bersihkan taman pn da jd mcm nei,
    tu blum ag org nk beli taman..
    oh taman!

    BalasPadam
  2. tunggu Bersih 3.0

    PALING SENSASI ABAD INI!!:
    ISU MAKCIK HINA ISLAM!!
    MAYA KARIN DILACURKAN!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...