Khamis, Julai 21, 2011

Brutal: Lelaki 'titanium' pula saman polis...


Seorang lagi rakyat Malaysia tampil mengemukan saman sivil kerana mendakwa menjadi mangsa tindakan brutal polis sehingga mengakibatkan tulang pipi retak, terpaksa dibedah lalu disokong menggunakan titanium.

Lelaki 'titanium' itu bernama Fayyahd Afiq Albakqry, 25.

Beliau menjadi mangsa pada 9 Julai lalu ketika mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari serangan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di terowong KL Sentral.

Saman terbaru itu selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan 3 polis hadapi saman pemula seorang rakyat Malaysia.

"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis," kata peguam N Surendren yang mewakili Fayyahd.

Surendren yang juga Naib Presiden PKR berkata, Fayyahd yang juga pegawai peribadi Anwar sehingga kini masih dalam keadaan trauma.

Katanya lagi, beberapa tindakan polis pada 9 Julai lalu tidak keterlaluan jika diklasifikasikan sebagai "cubaan membunuh".

"Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis langgar prosedur ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam dan tembak tanpa memberi amaran.

"Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam," katanya.

Dalam perkembangan lain, waris kepada Allahyarham Baharuddin Ahmad khabarnya turut akan mengemukakan saman pemula kepada pentadbiran Najib serta polis.

Satu sumber memberitahu, waris Allahyarham dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat yang diumumkan pihak kerajaan, iaitu punca kematian Allahyarham kononnya disebabkan sakit jantung.

Ini kerana, laporan bedah siasat tidak rasmi lain menunjukkan dua tulang rusuh Allahyarham patah. Dua batang gigir Allahyarham turut patah.

Kedua-dua isyarat itu menimbulkan pelbagai tanda tanya, selain turut dikaitkan dengan tindakan brutal polis.

penangdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. hamba Allah21/7/11 8:15 PTG

    alangkah celakanya menusia itu, semoga di Laknat Allah swt didunia ini lagi

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...