Jumaat, Julai 29, 2011
Ekonomi Lembab Kerana Kerajaan "Main Politik"
KUALA LUMPUR 28 JUL : Agenda transformasi Ekonomi Perdana Menteri Najib Razak terencat susulan beberapa keputusan kerajaan yang dilihat sebagai tunduk kepada tekanan kumpulan pendesak hak Melayu, menurut beberapa ahli ekonomi.
Dr Yeah Kim Leng dari RAM Holdings Berhad berkata prestasi ekonomi negara masih tidak memuaskan kerana tindakan kerajaan melayan rasa khuathir kumpulan-kumpulan pendesak itu sehingga menjejaskan usaha penambahbaikan dasar ekonomi.
Beliau menyifatkan rasa khuathir kumpulan berkenaan sebagai tidak munasabah dan "berkemungkinan menjejaskan usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi."
Contoh-contoh yang menzahirkan kerajaan tunduk kepada kumpulan pendesak termasuk tindakan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) melonggarkan syarat tender untuk projek MRT pada Mei lalu.
Begitu juga apabila kerajaan campurtangan dalam keputusan UDA Holdings menjual tanah primanya kepada Nadayu Properties Berhad.
Keadaan sedemikian, menurut Dr Yeah akan menyebabkan pelabur gusar terhadap keikhlasan Perdana Menteri melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang ditetapkannya sendiri.
Sentimen itu dikongsi oleh ahli ekonomi Merill Lynch Chua Hak Bai yang menyataka kegagalan Najib untuk patuh kepada dasar-dasar yang diumumkan hanya menambah kesangsian umum terhadap iltizam politik beliau.
"Amat kasihan. Saya fikir ideanya baik, konsepnya bagus. Tapi bila saya fikir semua pihak ada kebimbangan dalam pelaksanaan (transformasi ekonomi) itu," kata beliau memberitahu Malaysian Insider.
Ketua Penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew pula menyatakan tindakan berdolak dalik kerajaan itu hanya akan menyukarkan usaha melaksanakan dasar-dasar berkesan untuk memacu ekonomi.
Menurut beliau, pentadbiran Najib perlu lebih tegas dalam berurus dengan kumpulan pendesak hak Melayu yang mungkin tidak melihat kesan jangka panjang tuntutan mereka terhadap ekonomi negara.
"Mungkin Perdana Menteri tidak menghantar mesej yang cukup kuat bahawa negara ini perlu berubah segera atau bakal terperangkap dengan pertumbuhan yang amat, amat perlahan," kata beliau.
Najib sebelum ini sering dikritik kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap pertubuhan-pertubuhan seperti Perkasa yang dilihat membela hak Melayu dengan mempersoalkan hak-hak kerakyatan warga kaum lain.
Beliau juga dilihat merestui tindakan-tindakan Perkasa itu selagi pertubuhan berkenaan menjadikan parti pembangkang sebagai sasaran dan menarik sokongan orang Melayu terhadap Umno.
TVS
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...