Jumaat, Julai 01, 2011

KEZALIMAN PEMERINTAH DAN DOSA RAKYAT



BAGAIMANA NAK TUKAR PEMERINTAH?

Jawapan yang akan diberikan oleh para pejuang demokrasi ialah: kita kena kempen supaya rakyat akan sedar kezaliman dan kecurangan BN maka pada pilihanraya akan datang kerajaan zalim itu akan tumbang. Yang lebih islamik akan menjawab kita buat bacaan Yasin dan solat hajat supaya ditumbangkan kerajaan sekarang.

Jawapan tersebut tidak salah kerana begitulah yang kita perlu lakukan untuk menumbangkan kerajaan yang tidak jujur yang mana para pemimpiun hanya mementingkann kepentingan diri melebihi agama dan rakyat. Tapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk menjatuhkan mereka.

Kita mahu sebuah kerajaan yang mengutamakan perintah Allah dari segala-galanya. Bukan hanya sekadar mengaku dan mencanangkan: kami juga memperjuangkan Islam. Islam wajib diperjuangkan oleh umatnya samada pemerintah ataupun rakyat, sebagaimana kewajipan mencegah mungkar wajib dilakukan oleh kerajaan dan rakyat. Kuasa pemerintah adalah melebihi kuasa rakyat, sebab itu kewajipan ke atas pemerintah adalah lebih berat. Para menteri tidak berfikir semua ini mereka hanya ingin jadi menteri supaya dapat kumpul harta sebanyak yang mungkin. Mereka buat Islam sekerat jalan kemudian menganjurkan mungkar, dan mungkar yang ada pun tidak dihapuskan oleh kerajaan yang disokong oleh para manusia yang tidak berapa minat nak amal agama.

Antara kemungkaran yang menjadi punca kepada bertambahnya perbuatan zina sekarang ialah kerajaan tidak menyekat laman web lucah walaupun mereka ada kuasa dan upaya melakukannya. Mereka tidak pernah bercadang menyekatnya dan kalau ada yang mencadangkan jawapanya yang diberikan hanyalah menunjukkkan betapa jahilnya para menteri kita terhadap agama. Kalau ada yang menulis blog ‘menghina’ mana-mana tuanku maka ia akan dihukum, tetapi kenapa web lucah tidak disekat sebagaima yang telah dilakukan oleh negara-negara Islam yang lain?

Para menteri yang jahil seperti ini memang perlu direbahkan dan diusir daripada menjawat jawatan yang menjadi rebutan orang yang tamak itu. Tapi apakah caranya yang telah ditetapkan oleh syariat, ataupun dengan makna lain yang dinyatakan dalam Al Quran dan Sunnah?

Di sini akan dibawakan ayat-ayat al Quran, Hadis dan pendapat ulama yang boleh dijadikan rujukan.

Mula-mula akan dinyatakan sebab-sebab lahirnya pemimpin yang zalim kemudian akan diketahuilah cara mengalau mereka.

ALLAH taala berfirman, maksudnya: “dan apa yang mengenai kamu daripada musibah adalah kerana usaha dosa oleh tangan kamu” (Syura ayat 30)
Ayat ini menjelaskan bahawa perbuatan dosa adalah punca kepada segala kesusahan, bala bencana, wabak penyakit dan lain-lain. Kalau kita menganggap bahawa kezaliman pemerintah adalah satu bencana maka itu adalah kerana dosa yang dilakukan oleh rakyat.

Allah taala berfirman di dalam surah Al An’am, ayat 129, maksudnya: “dan seperti itulah kami jadikan orang zalim memerintah orang yang zalim kerana dosa yang mereka lakukan.”

Abu Syaikh meriwayatkan daripada Mansur bin Abu Aswad, ia berkata, aku bertanyakan Al A’masy mengenai maksud ayat ini, Al A’masy berkata: apabila manusia telah rosak akan dijadikan orang-orang yang jahat dari kalangan mereka sebagai pemerintah mereka (dipetik dari kitab Ad Durrul Manthur, Suyuti, jilid 6, ms 203)

Al Hakim meriwatkan dalam kitab Tarikh dan Al Baihaqi di dalam kitab Shuabul Iman, bahawa Nabi, selawat dan salam ke atas baginda, telah bersabda, ertinya: “sebagaimana keadaan kamu seperti itulah diletakkan pemerintah kamu” (ibid)

Al Baihaqi meriwayatkan bahawa Al Hasan berkata: Bani Israil telah bertanya Nabi Musa alaihissalam: apakah tanda keredhaan-Nya kepada kami dan apakah tanda kemurkaan-Nya kepada kami? Allah berfirman: beritahu mereka bahawa kemurkaan-Ku ialah apabila aku gunakan orang-orang yang baik memimpin mereka, dan kemurkaan-Ku ialah aku jadikan orang-orang yang jahat memerintah mereka.” (204)

Sabda Nabi Muhamad, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya: “wahai kaum Ansar, lima perkara jika berlaku dan ditimpakan ke atas kamu, aku berlindung dengan Allah daripada ia mengenai kamu; tidaklah nyata kekejian di dalam satu kaum sehingga mereka dilaknat melainkan akan meratalah kebuluran di dalam masyarakat mereka yang tidak pernah berlaku sebelum ini; tidaklah mereka mengurangkan (menipu) sukatan dan timbangan melainkan mereka akan ditimpa kemarau, susah perbelanjaan dan kezaliman sultan…” (dipetik dari kitab Az Zawajir, Syeikh Ibnu hajar Al Haitami, j 1, ms 282)


Berkata Abu Darda, semoga Allah redha kepadanya, ertinya: “kamu mestilah menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran, kalau tidak Allah akan bangkitkan seorang raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan menghormati orang-orang tua kamu dan tidak akan belas kasihan kepada orang-orang muda kamu. Pada masa itu doa orang yang soleh dari kalangan kamu tidak akan diterima. Kamu memohon bantuan tetapi tidak dibantu, kamu meminta keampunan tapi tidak akan diampunkan.” (Fadhilat tabligh, Maulana Muhammad Zakariyya, 20)


Jika orang-orang PAS dan Keadilan menyatakan bahawa kerajaan sekarang ZALIM, maka puncanya telah diketahui, tidak lain dan tidak bukan (cakap macam stail orang Umno dulu-dulu) ialah KERANA MAKSIAT YANG DILAKUKAN OLEH RAKYAT.

Kalau dulu-dulu pemimpin Umno mengutamakan rakyat maka itu adalah kerana rakyat Malaysia memang baik-baik masa tu. Semua orang-orang yang berumur 40-60 tahun sedar perkara ini. Maksiat memang sanghat kurang.

Dan sekarang jika kerajaan BN dituduh melakukan kezaliman dan membolot kekayaan, ini adalah kerana rakyat Malaysia semakin banyak buat maksiat. Maksiat yang sangat jarang berlaku pada 20-30 tahun lepas menjadi amat banyak sekarang.. Zina amat jarang berlaku dahulu. Sekarang kerja buang anak jadi mainan. Anak itu tentulah anak zina. Saya pernah terbaca majalah Jakim beberapa tahun lepas menyatakan bahawa jumlah anak zina yang berdaftar telah melebihi 50 ribu orang. Laporan Harakah Daily dan Hizbut Tahrir pada Februari 2009, jumlah anak zina dah mencecah 257, 411 orang di Malaysia

Sila pembaca (khasnya ahli-ahli PAS dan Keadilan yang muslim dan seluruh umat Islam) lihat kata-kata Abu Darda di atas, beliau memberikan ubat yang terbaik untuk kita menghalau penyakit masyarakat, yang mana ia akan berhasil merebahkan pemimpin yang zalim. Rawatan penyakit tersebut ialah melakukan dakwah: menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

Ini amat mudah difahami. Apabila kita melakukan dakwah maka orang yang kita dakwahkan akan mendapat kesedaran (Insya Allah) dan akan meninggalkan maksiat zina dan lain-lain. Apabila mereka tidak melakukan maksiat maka Allah akan menukar pemimpin daripada yang jahat kepada yang baik.

Di dalam sistem demokrasi, rakyat adalah pemilih pemimpin, apabila semua rakyat atau majoriti mereka ada kesedaran agama yang sebenarnya (bukan kesedaran tahap UMNO) maka ahli dan penyokong PAS akan menjadi semakin ramai. Apabila ahli dan penyokong PAS semakin ramai sudah tentulah PAS akan menang pilihanraya umum.

Ini terlalu mudah difahami. Tetapi sayangnya PAS kurang berminat melakukan dakwah secara menyeluruh. Sebaliknya yang sibuk buat dakwah siang dan malam ialah orang Tabligh. Bila ada budak muda yang baru ikut Tabligh dan berjinak-jinak dengan masjid, PAS akan hampiri budak ini dan memperlekehkan Tabligh, budak itu kemudiannya sertai program usrah PAS dan lain-lain. Tetapi disebabkan usrah Pas tidak ada fadhail maka budak itupu hilang semanagat. Bila budak ni dah tak pergi ke masjid dan mula pakai seluar pendek balik, PAS pun tinggalakn dia. Ini yang pernah berlaku di Gerik. Bukan seorang tapi saya denga ada tiga orang yang jadi macam ni.

Apabila Pas biarkan budak tersebut dan mereka yang sepertinya sesat balik maka mereka akan kembali ke pangkuan UMNO dan tidak akan mengundi PAS.

Budak yang kedua abangnya seorang ahli PAS, sebelum ikut tabligh dia memang dok merapu saja, selepas dia ikut tabligh dan mula suka pergi ke masjid, abangnya mula memperlekehkan Tabligh dan menuduh puak dakwah ni tak dak ilmu dan tak mengaji. Bila tak sertai jemaah tabligh, budak ni pun pakai seluar pendek balik. Tapi abang dia tak mampu buat apa-apa pun untuk mengembalikan adiknya ke pangkal jalan. Ikut tabligh tak boleh, tapi pakai seluar pendek tak pa kot.

Ada seorang muallaf yang pernah ikut Tabligh. Lepas tu barulah Pas nak himpit dia dan kata bahawa Tabligh begitu begini. Muaalaf ni pun dibawa mengaji di Kelantan, tetapi sayangnya dia tak lama, balik semula ke Gerik. Lepas tu orang PAS pun tak pedulikan dia lagi. Tapi orang tabligh masih jumpa dia dan ajak keluar 3 hari lagi.

Saya juga pernah dengar kisah yang sama berlaku di Bukit Besar, Kedah.

Kalau macam ni cara orang PAS berdakwah macamana nak hentikan maksiat dan macamnan nak tukar pemimpin? Saya masa remaja dulu pun TAK PERNAH orang PAS dakwah saya. Yang ada ialah orang Tabligh. PAS hanya sibuk memburuk-burukkan pemimpin tapi tak buat dakwah secara menyeluruh macam Tabligh. Kalau macam ni memang tak boleh perintah negara. Ingatlah kata-kata Abu Darda tadi. Kalau tak buat dakwah, solat hajat dan baca Yasin untuk menumbangkan UMNO, tidak dimakbulkan.

Salah orang buat maksiat kita tahu, salah orang PAS dan lain-lain yang tidak buat maksiat ialah meninggalkan dakwah. Ertinya semua kita berdosa, maka dosa itulah punca kita diperintah oleh orang yang ZALIM.

anakgeriksoleh.blogspot.com


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. try sapa2 check..Najib kat umah solat dak..

    Sensasi saat ini:
    Lebih Panas Daripada BERSIH 2.0

    BalasPadam
  2. ye lah..apasalah bagi air kotak ke dan suruh menjerit lagi , bior semua orang tenguk

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...