TAMPAKNYA semua usaha telah dilakukan untuk menghalang himpunan dan perarakan Bersih. Undang-undang, amaran, ugutan, tangkapan dan gangguan semuanya sudah dilakukan. Sebuah pertubuhan NGO juga tidak mampu untuk menghalang gelombang Bersih. Pemuda Umno jauh sekali berjaya untuk menyapu warna kuning dari melata.
Majlis Fatwa Kebangsaan yang selalunya muncul untuk membuat fatwa dan memberi kata putus berhubung dengan aktviti agama juga keluar sama, ikut sama digunakan untuk menghalang Bersih. Majlis itu telah mengeluarkan himpunan Bersih adalah haram. ertinya agama juga digunakan untuk cegah Bersih.
Hari ini pula Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mencadangkan supaya pengerusi Bersih Ambiga Sareenesavan dilucutkan kerakyatan. Cadangan Ali ini pada saya paling bodoh dan paling tidak logik. Sekaligus ia mencadangkan pihak UBN khususnya orang Melayu benar-benar terdesak.
Begitulah sikap orang Melayu kalau sudah terdesak mereka akan jadi emosional. Melayu yang berjiwa kecil tidak bijak menggunakan akal sebaliknya akan mencari kekuatan dengan menyumpah dan memaki hamun sambil memegang perang atau tombok.
Cadangan Ali itu tidak tamadun dan menafikan apa yang telah diputuskan sebelum ini. Sejarah kemerdekaan dan erti demokrasi mungkin tidak pernah dihafal oleh Ali Rustam yang masih berpegang kepada perangai Tuah dan Jebat. saya tidak tahu macam mana orang Umno Melaka boleh memberi kepercayaan kepada Ali untuk jadi ketua.
Sebelum itu polis juga memanggil semua tokoh atau orang utama di sebalik Bersih. Berunding dan memberi kata dua. Tetapi tidak juga membuahkan apa-apa hasil. Ugutan dan amaran polis tidak sedikitpun menggetarkan hati mereka. Kenyataan timbalan ketua polis, Abdul Khalid Bakar bahawa pintu rundingan ditutup, tidak memberi bekas. Amaran itu tidak dihirau. Pertemuan, perjumpaan dan simpang siul membicarakan Bersih dalam laman sosial terus diadakan. Ini juga menunjukkan kata-kata polis tidak menjadi keramat lagi?
Malahan Ambiga dan Maria Chin menegaskan Bersih tetap juga akan diadakan. Ini bererti mereka sudah sedia menghadapi apa saja hatta ditahan di bawah Isa. Inilah perjuangan yang sejati. Bagi mereka apa saja tindakan polis adalah pegnharapan buat mereka yang sudah dapat mengira bahawa sebuah perjuangan itu harus dibayar dengan harga yang mahal.
NGO Perkasa(m) yang seblum ini bukan lantang sudah diam membisu. Suara ketuanya sudah makin menjauh dan mengecil ke dalam telaga buta ataupun di hujung tanjung. Ketuannya sudah kehabisan idea dan hilang bahasa untuk belasah Ambiga dengan kata-kata jelek dan joruk. Keadaan ini membolehkan rakyat menilai siapa lebih berkualiti di antara mereka berdua.
Usaha pasti akan dilakukan untuk halang Bersih. Kerajaan akan berikhtiar dengan apa saja. Mereka tidak mahu himpunan itu berlaku kerana ia akan memberi bala besar kepada UBN. Justeru mungkin ia akan sampai ke peringkat usaha terakhir menggunakan bomoh Siam. Tidak mustahil sebab orang Melayu percaya kepada tahayul termasuk mempercaya bahawa Umno saja yang boleh membela dan mempertahankan Melayu.
Persatuan mempertahankan diri tradisional silat juga tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Kekeramatan ahli silat kononya memilik keris terbang, lembing melayang atau pun boleh menghembuskan musuh dengan angin puhhhhh... saja tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka yang berfikir moden dan menggunakan ruang perlembagaan tidak sedikit pun gentar kepada keris karat orang Melayu yang membenci keris.
Saya sudah kata dalam pertarungan orang Melayu hari ini dengan bukan Melayu, orang Melayu sudah kalah. Orang Melayu berjiwa kecil. Kekalahan terbaru orang Melayu ialah apabila melayangnya Tanjung Pagar kepada Singapura. Itgulah lambang dan simbil keaiban besar orang Melayu.
Malangnya orang Melayu masih juga tidak sedarkan diri. Masih merasa hebat dan kuat hingga sanggup 'berbunuh' sesama sendiri. Mereka tidak sedar yang mereka sedang dihayungkan kepala orang pihak lain. Orang Melayu sudah jadi musang tenggalung yang dibuang telinga dan ditutup mata kemudian dilemparkan atas gelanggang.
Berbalik kepada Melayu kuno yang hidup dengan keris dan bual besar corak pemikiran mereka sudah tidak relevan lagi. Dalam saat orang mempertahankan diri dengan human right, tetapi orang mereka masih memakai samping dan keris lagi. Ingatlah senjata kuno Melayu tidak akan diterima pakai dalam mahkamah dunia. (Baca kermbali apa yang saya catatkan sebelum ini dalam bab Melayu berjiwa kecil).
Kesimpulan di hujung senja ini, pihak yang menentang Bersih sudah pun tewas. Kekuatan dan moral daripada gerakan itu kini sudah pun diperolehi oleh Bersih. Kalaupun Bersih tidak boleh dilakukan... tetapi Bersih sudah ada alasan besar, bahawa mereka gagal 'memasuki' istana kerana mereka disekat dengan menggunakan seluruh kekuatan yang ada.
Rakyat yang sihat otak boleh membuat pertimbangan siapa yang benar dan haq di dalam soal ini. Sebab fakta dan hujah yang konkrit itu juga akhirnya akan menjadi ukuran. Dalam menangis tuntutan lapan perkara Bersih ini pihak kerajaan UBN sudah tersilap. Usaha mereka samalah cuba menandak air yang sudah melimpahi empangan. Usaha bodoh sebegini akhirnya akan melemaskan mereka di atas tanah yang datar yang sudah dilimpahi air. [wm.kl.7:30 pm 02/07/11]
Dipetik dari - mso
bloglistpolitik
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...