Jumaat, Julai 08, 2011
PAS Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Polis Selangor, Timbalan
SHAH ALAM 7 JULAI : Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman hari ini membuat satu laporan polis keatas Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berikutan tindakan pihak berkuasa itu menuduh aktivis Bersih memiliki beberapa bahan dan senjata yang dirampasnya baru-baru ini.
Laporan tersebut juga bertujuan bagi menggesa pihak polis mendedahkan maklumat lebih terperinchi mengenai rampasan senjata oleh polis yang dikaitkan kepada Bersih dua hari lalu.
"Meskipun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak polis atas kejayaan memberkas suspek dan menemui senjata berbahaya, sebaliknya timbul banyak keraguan orang ramai tentang sejauh mana ketelusan pihak polis atas isu tersebut," katanya.
"Laporan ini ditujukan kepada dua penama tersebut kerana merekalah yang bertanggungjawab atas pendedahan yang dibuat dan mereka haurs bertanggungjawab atas pendedahan ini," beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan kenyataan Polis Kuala Lumpur dan Selangor yang mendakwa merampas sejumlah 44 bom Molotov cocktails, 39 parang, 43 mercun dan 48 baju Bersih di Gombak, Selangor and tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur.
Di Shah Alam, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mendakwa polis menjumpai lima buah beg pakaian yang mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu.
Senjata itu ditemui disorok di celah-celah batu di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak Bentong, semalam.
Mengulas lanjut perkara terbabit, Mazlan menuntut pihak polis memainkan peranan sebenar mereka dalam melindungi rakyat secara holistik dan bukannya terus menjadi boneka kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) demi kepentingan politik mereka.
Justeru, Mazlan menyifatkan agenda polis melumpuhkan gerakan rakyat seperti konspirasi terancang pada peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa Memali dan Operasi Lalang hanyalah taktik lapuk yang hanya mengundang kebencian rakyat.
"Sekatan jalanraya yang dibuat oleh pihak polis, tangkapan kepada orang awam, gangguan terhadap ceramah dan serbuan terhadap premis-premis tertentu yang kemudiannya disusuli dengan penemuan senjata berbahaya seperti dirancang untuk membuktikan ada pihak-pihak yang ingin melakukan huru-hara dalam negara ini,"ujarnya.
"Ini juga membawa maksud bahawa kononnya penggunaan ISA, Ordinan Darurat termasuk pengisytiharaan Darurat boleh digunakan sebagai langkah pecegahan. Jika ini lah perancangannya, amat malang sekali dalam sistem demokrasi berpelembagaan," katanya lagi.
TVS
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
buatlah tugas dgn amanah..
BalasPadamTERPANAS SAAT INI!!!:
CONTEST!!PERLUMBAAN MALAM!!
SHOW BERSAMA BAND INCUBUS!!!