UMPORNO DENGAN KELUCAHAN MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN
DULU KINI DAN SELAMANYA...
Gambar Hiasan
Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di George Town hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik.
Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.
Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.
"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas.
Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.
Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.
MK
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
...terlanjur media sudah laporkan,dicadangkan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak membuang 'sd & c' tersebut (untuk tempoh tertentu) sebaliknya mencetak gambar"orang meletak tu" dan dilekatkan pada dinding berhampiran.Kemudian tulislah apa yang nak ditulis tentang orang-orang tu!
BalasPadamMungkin depa ni suka gitu?
otak Porno memanjang..tue yang depa takut PR pegang pemerintahan..takut website porno disekat..hehehe
BalasPadamTerhangat Dari Microwave :
Isu Makcik Hina Islam!!
Maya Karin Dilacurkan!!