Khamis, Julai 21, 2011
RAIS MENGALAH DENGAN ASTRO?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berbincang dengan pihak Astro untuk mencapai kata sepakat bagi menyediakan pakej-pakej langganan istimewa yang lebih murah dan berpatutan untuk rakyat yang berpendapatan rendah.Ini agak ‘membingungkan’ kerana di saat para pengguna marah dengan kenaikan caj Astro, kerajan seolah-olah terlalu ‘berlembut’ dengan syarikat televisyen berbayar terbabit, siap nak bincang untuk perkenal pakej harga yang lebih murah pula.
Isu pokok iaitu kenaikan harga nyata gagal diatasi dengan baik.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Rais Yatim berkata, pakej-pakej tersebut sedang dikaji oleh SKMM dan Astro bagi memastikan kepentingan rakyat yang kurang berkemampuan di kampung serta luar bandar.
“Kita sedang mengkaji struktur apa yang disebut sebagai tarif baru bagi rakyat yang berpendapatan rendah.
“Pengumuman ini akan dibuat oleh mereka (Astro) dengan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada bulan September ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Pidato 1Malaysia (Bukan Melayu) peringkat Kebangsaan di sini semalam.
Mengulas lanjut, Rais memberitahu bahawa sebarang kenaikan tarif harga yang melibatkan kepentingan rakyat sepatutnya diperbincangkan terlebih dahulu dengan pihak SKMM yang mewakili Kementeriannya.
Selain itu, beliau menerangkan bahawa SKMM sedang meneliti beberapa perkara mengenai kelemahan di sudut teknikal penyiaran Astro yang menyebabkan pelanggan mengalami kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan.
Sabtu lalu, Rais dilaporkan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Astro sekiranya gagal menyelesaikan gangguan siaran semasa hujan yang sering menjadi rungutan hampir 3,000,000 pelanggannya.
Pada 1 Julai lalu, kabinet memutuskan untuk tidak membenarkan Astro menaikkan tarif harga perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran dari SKMM, sebuah agensi di bawah KPKK.
Pada 11 Julai lalu, Astro telah melakukan penyelarasan harga yang menyaksikan beberapa pakej yang ditawarkan mengalami kenaikan harga di mana sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.
Bagaimanapun, Astro menegaskan bahawa Pek Famili dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.
kl-today
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...