Sabtu, Julai 16, 2011

Rasuah Sorpene bakal didedah peguam Perancis 21, 22 Julai



Skandal pembelian kapal selam Scorpene bakal didedahkan secara langsung kepada rakyat Malaysia oleh peguam Perancis yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (Suaram) 21 dan 22 Julai depan.

Menurut Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dalam sidang medianya hari ini, pendedahan berkenaan rasuah pembelian kapal selam berkenaan akan diberitahu sendiri oleh peguam yang dilantiknya, William Bourdon.

“Beliau akan mendedahkan kes berkenaan dan mungkin ada melibatkan orang-orang penting negara,” kata Cynthia. Kehadiran peguam itu sempena Ops Scorpene yang dilancar Suaram bagi memungut dana membiayai perbicaraan skandal itu di Mahkamah Perancis.

“Majlis makan malam kempen Ops Scorpene itu akan diadakan di Pulau Pinang pada 21 Julai ini di Sunshine Square, Bayan Lepas bermula jam 8 hingga 11 malam dan makan malam kedua akan bermula pada jam sama di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada 22 Julai ini,” ujarnya.- KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama27/7/14 7:10 PG

    If you are going for best contents like myself, just visit this sitte all tthe time because
    it gives quality contents, thanks

    My web site :: m88a

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...