Selasa, Ogos 23, 2011

ARTIS KOMEDI NEGARA DIGILAI WANITA?


Mungkin kerana sifat semulakadi mereka yang sememangnya lucu, menghibur dan menggamatkan suasana, beberapa pelakon komedi menjadi kegilaan gadis serta para peminat wanita hingga sanggup bercinta serta berkahwin dengan mereka.Antara artis komedi yang terpanas di pasaran ialah Salleh Yaakob atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Jem..I follow’ dan Tauke dari kumpulan lawak, Jambu, yang dikatakan sedang hangat berpacaran dengan beberapa orang wanita.

Salleh Yaakob, 49, terbukti menjuarai carta pelakon komedi paling panas apabila mencukupkan kuota kahwin empat setelah bernikah dengan isteri terbarunya, Samihah Sheikh Amy, yang sedang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam dan baru berusia 25 tahun.

Salleh mula berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1980 dan kemudiannya meminta izin dengan isterinya itu untuk berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 1989.

Bagaimanapun, setelah berkahwin dengan isteri kedua, Norlizah Mamat, 46, jodohnya dengan isteri pertamanya itu tidak panjang dan ditakdirkan bercerai.

‘Abang Jem’ kemudiannya berkahwin dengan isteri keduanya, Norraha Hamat, 42, dan kemudian menambah isteri ketiga dengan mengahwini Noorfara Wahida Sulaiman, 32.

Hasil dari keempat-empat perkahwinan itu, penyampai radio Sinar FM yang terkenal itu dikurniakan 11 orang anak, manakala isteri keempatnya belum lagi melahirkan anak untuk melengkapkan sedozen zuriatnya.

Menariknya, Salleh turut memberikan tips untuk lelaki yang ingin menambah isteri untuk berlaku jujur kepada pasangan mereka dan meminta izin seikhlasnya dari isteri masing-masing sebagaimana yang diamalkannya selama ini.

Berlainan pula kisahnya dengan Tauke dari kumpulan lawak terkenal, Jambu, yang sedang menghadapi masalah dengan isterinya sekarang.

Menurut laman web hiburan terkenal, Beatifulnara.com, meskipun masalah dengan isterinya itu belum selesai, Tauke sedang asyik berkasih dan berkepit dengan seorang gadis, serta tanpa segan silu mengaku mempunyai ramai teman wanita.

Terbaru, laman blog hiburan tersebut turut memuatkan gambar Tauke bersama seorang gadis berusia 24 tahun dan berasal dari Johor, yang dikatakan sebagai kekasih terbarunya.

Menurut Abang Nara, kekasihnya itu telah menukar statusnya di Facebook kepada ‘sedang berhubungan cinta’ dengan pelawak yang beridentitikan warna merah jambu tersebut.

Malah, dikatakan juga bahawa hubungan mereka sangat rapat bagaikan ‘belangkas’ apabila sering menemani Tauke ke lokasi pergambaran.

‘Beruntung’ betul pelakon komedi di zaman sekarang berbanding beberapa selebriti lain yang tidak panjang jodoh mereka walaupun dikurniakan Tuhan dengan wajah yang kacak, contohnya Jimmy Shanley yang baru berpisah dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.

Bagaimanapun, kepada lelaki diluar sana, harapnya bekalkan diri dengan ilmu penuh di dada sebelum berumahtangga, khususnya asas agama yang kuat, kerana bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan.

Bak kata pepatah, ‘jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’!

kl-today



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...