Isnin, Ogos 29, 2011

GUNA KANAK-KANAK JUAL MERCUN



BALING 28 Ogos 11: Sindiket penjualan mercun di bandar ini telah menggunakan kanak-kanak sebagai penjaga gerai mercun termasuk bunga api. Mercun dan bunga api ini dijual secara terbuka di kawasan tapak gerai menjual barangan perayaan berhadapan Pejabat Pos Baling.

Tinjauan mendapati terdapat dua buah gerai yang beroperasi menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api dan dikendalikan oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak ini pula dilengkapi dengan alat perhubungan walkie-talkie bagi memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan pemilik perniagaan mercun tersebut.



Walaupun terdapat pelbagai kes kemalangan akibat mercun, pihak berkuasa di negara ini masih lepas tangan dalam hal membabitkan keselamatan rakyat. Larangan penjualan mercun hanya akan dikuatkuasakan bila terjadinya sesuatu kes kematian dan ia hanyalah bersifat hangat-hangat taik ayam. Malah tindakan mereka mungkin lebih hangat dari taik ayam itu sendiri.

Ini kerana di Malaysia mercun tidak mendatangkan bahaya kepada UMNO BN.Sesuatu undang-undang itu akan dilaksanakan sepantas kilat jika ia boleh menggugat kuasa UMNO BN. Lihat sahaja kes baju kuning Bersih 2.0,di mana pihak berkuasa bekerja keras menangkap si pemakai baju tersebut,padahal dengan memakai baju tersebut sesiapa pun tidak boleh tercedera ataupun terputus kaki atau tangan.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. yeww..ngeri giler..budak tue siap ada walkie talkie lagi..depa nie main dgn undang2 nie sebab depa tau kalau budak yg kena tangkap, hukuman jadi lain dah..

    Entri Terhangat!! :
    Oh Terpancut Air Mani Akibat Terangsang!!
    Oh Perempuan Dan Onani!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...